Ceritera Insan Biasa

Sedikit coretan yang ingin aku kongsikan bersama..

Tuesday, July 13, 2010

~~~Berkampung di Stadium Melawati sempena Karnival Ulangtahun IKIMfm ke 9 dan juga Konsert Mahabbah GAZA~~~

Alhamdulilah pada 9 hingga 11 Julai 2010, syarikat aku berkerja iaitu EZ Qurban dan juga Syihab Resources telah berkampung di Stadium Melawati, Shah Alam bersempena Karnival Ulangtahun IKIM.fm ke 9 dan juga Konsert Mahhabah GAZA..

Ini kali kedua aku dan rakan2 yang lain membuka di booth di tempat yang sama..Sebelum ni bersempena Muktamar Pas pada tahun lepas, aku menjaga booth Syihab Resources mempromosikan produk terbaru mereka iaitu Cara Mudah Belajar dan Mengajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi..Satu teknik yang begitu unik dan menarik untuk diperkenalkan..Tetapi itulah, produk baru so orang tak pernah dengar..Tapi kali ni aku menjaga booth Ez Qurban dan aku rasa cukup mudah kerana di meja Ez Qurban hanya ada album program, borang aqiqah dan juga laptop..HEAVEN GILA!!!..hehe..

Ini adalah gambar semasa booth baru dibuka..Aku bersama Radzi, Ustaz Azhar dan juga Cik Mah sahaja pada pagi jumaat, 9 Julai 2010..Banner background tu dibuat semasa booth di Muktamar Pas dan sangat berguna sebagai dinding booth kami..hehe..

Ini pula gambar-gambar aku semasa memberi perkhidmatan tetamu yang datang untuk membuat aqiqah..Dan juga ada gambar kumpulan nasyid DEVOTEES turut singgah di booth kami kerana mereka merupakan rakan artis untuk Ez Qurban..Lagu EZQ Halim DEVOTEESlah yang buat..Lagu Al-Baghdadi pun sama jugak..Dia buat dia jugaklah yang nyanyi.Terima kasih Halim..Tida lupa juga kepada sahabatku Sarah yang begitu mantap mengajar untuk memperkenalkan teknik ini..Yang pakai vest tu Sarahla, dia uruskan borang aqiqah seorang kakak yang menjaga booth untuk Takaful Malaysia..

Ini pula gambar kawan-kawan JASA yang datang ke booth aku..Antaranya Khairil, Baim, Epi, Iqbal dan juga yang muka besar tu Muaz..Terima kasihlah coz sudi singgah..Khairil dengan Baim siap main lagi permainan ala-ala dam ular bersama adik2..Yang gambar aku, Sarah dengan Aswad tengok laptop tu aku tak ingat buat apa time tu..Muka aswad memang blurla..haha..Tapi gambar aku dengan Aswad memang machola..Takbir!!! =)


Ini adalah produk terbaru keluaran Syihab Resources yang baru diperkenalkan iaitu "Al-Baghdadi PLAYTIME"..Aku cukup suka tengok produk ini kerana ianya mampu menarik minat kanak-kanak untuk bermain sambil mempelajari sebutan dan huruf hijaiyyah..Kalau dapat masuk dalam kementerian confirm terus apply kat semua tadika..Macam Ustaz Jalal katakan "Jika orang tahu keperluan benda ni, confirm dorang akan apply.." Itulah kata-kata yang sempat aku quotekan dari pengasas teknik ini sendiri..Tengoklah sendiri kanak-kanak seronok bermain sampaikan ada ibu bapa yang terpaksa menunggu..Yang abang-abang pun seronok jugak main..hehe..


Ini pula gambar terakhir untuk post kali ini..Semestinyalah gambar insan punye blog..haha..Poyo je buat gaya memanah..Padahal takut kalah dengan ustaz@bos..haha..Yang lain2 tu semua rakan sekerja aku, Arlinda, Asad, Harmaini@Mayoi..Azhan pula anak muridku dan juga anak kepada bos aku..



Berjaya juga aku update aktiviti yang aku lakukan pada minggu lepas..Rasanya betul apa yang Dr. Syafwan bagitau kat aku masa Kembara Mutiara.."Sekeping gambar mampu menghuraikan pelbagai keadaan dan kita boleh ingat memori lama apabila melihat sekeping gambar.." So conclusionnya pasni aku akan pinjam sebuah kamera dari bosku iaitu Ustaz Azhar jenama Kodak untuk aku mengambil gambar aktiviti2 yang aku jalankan..Barulah syok nak cite kat blog aku ni.ada bukti..kalau sembang saja takut orang tak caya..Nak beli tak cukup bajet..hahaha..

Adioz semua!!!..See u next post =)

5 comments:

salam, mak aii mglahkan nak buat banglo...susun batu bata , batu blok...berkurun lamanya nak siap yer..hehhe, biar lmbt asal ada...ohh kiranya yg petak2 berhuruf jawi tu...terbaru dr Syihab'..tak yah ketuk2 la,... sesuai utk kanak2...[Kalau dulu2 buku mwarna...yg warnawarni gitu...] bagusnya... bertuah ada pekerja mcm anknda ni...iyerlar meminati yg warnawarni :)...tentulah kecintaannya lebih pd tugasan..,syabas!
 
HEHE..baru bljr tu ummi..nnti siti pun mseti bt jgk..sy ajar dia skali..tu lah produk baru syihab..tapi ketuk tu tak lari pun,kena bt jugak..mane buku colour sy ummi?? =P
 
tak tahan, guna kamera kodak cik me.nnti lah kan..tak kira, tak kira, gmbr sy msti bnyk dlm kamera tu bila awk ketip2 gmbr.
hahahahaha.
 
wah...bgus nye.nmpk la smgat abg faizal eshak ni...=)
 
cik sarah : hehe..kenalh fully utilize brg2 yg ade..gambar awak ade tapi sy pilih yg terbaek je..tu lah hasilnye,gmbr awak satu je =P jgn lupe bace lg blog sy ni ye..

adik tikah : mestila smgt..taukan abg terkenal dgn smgt juang yg tinggi..hehe =)