Setelah menunggu hampir 3 minggu akhirnya family aku telah mendapat ahli keluarga yang baru.Cukup-cukup menyeronokkan.Memang sudah lama mak dan abahku tunggu selama ini kerana kedua-dua cucu mereka sudah pun besar.Ahli keluargaku yang baru ini baru sahaja berumur seminggu. Bayangkan betapa comelnya mereka ini..Inilah gambar ketika mereka dibawa pulang ke rumah..
Apakah yang anda bayangkan apabila melihat gambar ini.Jangan bayangkan bayi yang baru di lahirkan disimpan didalam beg ini ye.Zalim namanya itu..Semestinya bukan bayi yang hadir dalam family kami tetapi.....
Mereka inilah yang merupakan ahli keluarga kami yang baru..hehe..Anak-anak ayam dan anak-anak itik. Comel sangat..3 minggu lepas aku amat sibuk dengan kerja-kerja aku dan terpaksa outstation so tak sempat nak teman abah pergi beli mereka-mereka ini tetapi minggu ini free so terus aku pergi beli..Aku membeli mereka di Pasar Tani di Puchong..Selamatlah kawanku, Shahri B. Ritin memberikan informasi tentang mereka ini..
Lihatlah betapa comelnya mereka ini..
Kedatangan ahli keluarga aku yang baru ini disambut baik oleh dua anak buahku yang sangat cute..Yusri@otie dan Fatin Yusrina@adik..Tiada hasad dengki pun yang terpancar dari raut wajah mereka..
Bahkan mereka berdua inilah yang banyak membantu abahku menjaga ayam dan itik di rumahku..Setiap petang wajib bagi dua orang budak ini menghalau itik-itik untuk masuk ke kandang..Kadang-kadang aku terpaksa menghalau budak-budak ini masuk ke rumah kerana suka sangat bermain dengan itik-itik..hehe..Tengoklah aksi-aksi mereka ketika berada di tempat kerja ibarat seorang farmer yang berkaliber..Hebatkan..
Inilah kandang milik abahku..Sejak aku kecil lagi memang abah dah bela ayam..Rumah aku rumah kampung so bolehlah bela..Kalau kat taman-taman or bandar jawabnya memang kena sembelihlah..Dulu kandang ini buruk tapi kini telah diupgrade dan menjadi lebih selesa untuk penghui-penghuninya iaitu itik-itik putih..
Ini kandang yang baru saja siap dibina bulan lepas..Cukup selesa dan cantik..Yang ini penempatan ayam sepenuhnya..
Bila anda melihat gambar ini, cerita apakah yang anda ingat???
Masa aku kecik-kecik dulu ada kisah mengenai gambar ini..Yang itik kuning ini hasil pengeraman itik putih yang sudah ada di rumah aku..Tapi seekor saja yang menjadi..Yang lain-lain on the way rasanya..
Dapat jugak aku kongsikan kepada pembaca sema betapa happynya family aku menerima ahli keluarga yang batu..hehe.
Impian aku sekarang adalah untuk membentuk sebuah pasukan yang diberi nama "WONDERPET"..Hanya kura-kura saja yang tiada lagi.Ketuanya adalah Otie The Otomen dan pembantu semestinya Adik The Bird Girl.haha.Adios~~~
Monday, July 06, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bile sebut pasal itik..
tringat daus..bukan daus kucing...daus itik..
laju dia cakap skrg..ari tu aku jumpa dia kt midvalley..
Post a Comment