Ceritera Insan Biasa

Sedikit coretan yang ingin aku kongsikan bersama..

Showing posts with label Tazkirah... Show all posts
Showing posts with label Tazkirah... Show all posts

Thursday, September 02, 2010

Insya ALLAH..



Mudah-mudahan..

Wednesday, August 18, 2010

~~~Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak~~~


Selamat Berpuasa..

Wednesday, July 21, 2010

~~~Ketika kemiskinan dan masalah menimpa~~~

Sekarang cuba anda jawab pertanyaan berikut ini :-


-->Mungkinkah guru memberikan ujian kepada anak didiknya tanpa menyiapkan jawapannya?
-->Mungkinkah guru memberikan ujian tanpa mempersiapkan anak didiknya?
-->Mungkinkah guru memberikan ujian anak SMA (menengah) kepada anak SD (rendah)?
-->Mungkinkah guru tidak meluluskan anak didiknya yang mampu menjawab ujian?


Guru saja begitu, apalagi Allah :-


-->Mana mungkin Allah memberikan masalah kepada anda tanpa menyiapkan solusinya!!!
-->Mana mungkin Allah memberikan masalah tanpa mempersiapkan anda terlebih dahulu!!!
-->Mana mungkin Allah memberikan masalah yang anda tidak mampu mengatasinya!!!
-->Mana mungkin Allah tidak mengangkat darjat anda ketika anda mampu mengatasinya!!!

Jadi tetaplah optimis!!!
Right?


Ippho Santosa
Penulis Mega-Bestseller, Penerima MURI Award, Pembicara di Indonesia & Singapura, Pemilik TK Khalifah


Petikan ini aku ambil dari INBOX dari Facebookku yang telah dihantar oleh GROUP "Never Ending Tarbiyyah"..Sebuah group yang bermanfaat untuk tatapan kita..

Petikan yang simple tapi menarik untuk dikongsikan bersama..Kita manusia memang selalu ditimpa musibah dan masalah dan kadang-kadang kita rasa kitalah insan paling malang dalam dunia ini..Tetapi kita tidak sedar yang orang lain mengalami masalah yang lagi teruk berbanding kita..Dan aku sendiri kadang-kadang merasakan benda yang sama..

Oleh itu, kita kena yakinlah kepada Yang ESA bahawa setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan sama ada dalam jangka masa yang terdekat atau pun jauh. Untuk kita mendapat jalan penyelesaian terpulang kepada ALLAH untuk memberi. Yang penting kita jangan berputus asa kepada ALLAH kerana kepada siapa lagi kita hendak mengharap selain daripada DIA..

Dan sebagai peringatan kepada sahabat-sahabat sekalian dan juga buat diriku yang lemah ini, berDOAlah kepada ALLAH kepada DOA adalah senjata bagi orang muslim..


Saturday, April 03, 2010

~~~Solat Jumaat~~~


Setiap hari jumaat kaum lelaki akan sama-sama menunaikan solat jumaat yakni pada waktu zohor di masjid secara berjemaah..Tapi ada segelintir kaum lelaki yang berpendapat solat jumaat ini adalah satu acara yang menarik bagi mereka..Saya bukanlah kata semua tapi sebahagian sahaja..Ini berdasarkan pantauan yang saya buat dan juga berdasarkan pengalaman sendiri..

Solat jumaat adalah waktu yang paling menarik untuk tidur ketika waktu khutbah dibacakan..Adakah ini betul atau tidak?Saya rasa ada kebenarannya kerana saya lihat ramai sahaja yang melelapkan mata ketika itu..Saya pun turut sama tergolong dalam golongan tersebut kadang-kadang..hehe..Ada yang suka waktu solat jumaat ini kerana boleh makan cendol dan sebagainya sebelum menunaikan solat jumaat..Dapat makan pisang free di luar masjid..Boleh lepak-lepak dengan kawan-kawan..

Itulah antara sebahagian ragam-ragam kaum lelaki yang pergi menunaikan solat jumaat di masjid..

Untuk hari jumaat kali ini, saya menunaikan solat jumaat di masjid nurul hidayah berhampiran rumahku..Tajuk khutbah pada kali ini sangat menarik bagiku iaitu "Jahiliyyah Moden"..Memang sesuailah untuk disampaikan ketika ini..Cukup mudah sekarang ni, kemudahan LCD projector membuatkan khutbah jumaat kini bertambah interaktif..Tetapi khatib yang memberikan khutbah kali ini membuatkan aku terpikir sesuatu..Khatib hanya membacakan segala teks yang terdapat di dalam buku dan ianya turut di tulis dalam bentuk powerpoint untuk tatapan semua jemaah..Bagi saya, baik khatib just rakamkan je khutbahnya dan paparkan powerpoint tu kat projector untuk dibaca sendiri..huhu..Madam saya yang mengajar di UIAM pun marah sekiranya ada pelajar just membaca apa yang terdapat di skrin..

Ini sama sekali berbeza ketika mana saya mendengar khutbah di UIAM 2 minggu yang lepas..Khatib yang memberikan khutbah cukup bersemangat dan tidak membaca teks semata..Dalam khutbah beliau juga, dia turut menegur semua jemaah..Sebagai contoh dia menegur jemaah yang tidak mendengar khutbah tetapi bermain meseg..Dia juga menegur tentang kesedaran umat Islam masa kini..Sepatutnya selepas hadir menunaikan solat jumaat ade semangat baru untuk memperjuangkan Islam tetapi hadir ke masjid sekadar rutin harian..Aku yang ketika itu mengantuk pun jadi tak tidur sebabkan teguran itu..

Tapi sekarang entahla..Khatib pun sekadar membaca teks..Kan bagus sekiranya dia memahami teks yang ingin disampaikan dan berkutbah tanpa berpandukan teks..Baru imej sebagai khatib itu terserlah..

Saya amat tertarik dengan topik yang dibacakan pada khutbah kali ini iaitu "Jahillyah Moden"..Memang sekarang ini tengah melanda dikalangan masyarakat umat Islam sendiri..Saya rasa manusia hidup bermotifkan duniawi semata-mata dan jarang sekali memikirkan tentng ukhrawi..Saya sendiri kadang-kadang hanyut dibuai godaan dunia kerana semuanya ada di depan mata..Tetapi alhamdulliah kesedaran itu ada..Saya amat takut sekiranya bilangan manusia yang memikirkan tentang mati hanyalah sedikit berbanding manusia yang mengejar kekayaan dunia..Ini menunjukkan kita telah tewas dengan syaitan laknatullah..Nauzuminzalik..Mintak-mintak dijauhkan..

Itulah sedikit coretan yang ingin saya kongsikan kerana saya lihat ianya perlu dilakukan sesuatu agar kita semua sedar dan memperbaiki kelemahan yang kita ada untuk kebaikan akan datang..

Friday, January 29, 2010

~~~2 ucapan yang bermakna buat aku~~~

Untuk hari ini, aku telah menerima 2 ucapan yang amat bermakna..
Sesetengah orang mungkin memandang ringan tapi bagi aku walaupun ianya simple tapi mampu memberi semangat yang baru..
Satu ucapan datang dari sahabat aku yang telah lama lost contact dengan aku..
Dan satu lagi ucapan datang dari junior society aku..
Apakah ucapan itu???


Ucapan yang pertama adalah ucapan memohon maaf..



Al-kisahnya begini..Dulu aku amat baik dengan si pulan ini..Dah macam adik-beradik dah..Nak dipendekan cerita, dia nak jual handphone dia dan aku berminat..Aku bagilah duit aku dengan jumlah ynag banyak kepada dia..Tengok-tengok dia hilang camtu je..Dalam 5-6 tahunh jugaklah aku tak dengar cerita dia..

Tadi time aku tengah surf internet di office tiba-tiba aku menerima panggilan telefon..Aku tak tau nombor siapa dan aku angkat..Bila dia dengar suara itu aku terus cam suara dia..kemudian dia pun mintak maaf atas kejadian yang telah berlaku 5 tahun lepas..Memang ikut hati aku nak marah tapi disebabkan dia dah mintak maaf terus lembut hati aku..Itulah kekuatan "WORD" tadi..Memang aku nak maki dah tapi semuannya berubah sebab dia dah mintak maaf..Buat apa nak marah-maraf lagi, benda dah berlaku lama dah..Dan duit tu pun aku dah dapat balik tapi menerusi jalan yang kurang sopan..Bila pikir-pikir balik memang aku pun kurang ajar jugak dulu sebab terus jumpa family dia mintak duit tu..Tak pasal-pasal mak dengan akak dia kena attack dengan aku..huhu..Mudah-mudahan dia sedar akan kesilapan dia dah berubah..

Ucapan yang kedua adalah ucapan penghargaan..



Ucapan ini cukup mengharukan diriku bilamana aku membacanya melalui SMS..
Cukup touching..

"Sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan melelahkan..Ketika itu orang lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kesusahan dan bertanya : Sampai bila kau akan melelahkan diri?Jawab daie dengan pasti..Sebenarnya aku mengharapkan istirehatan (syurga)-Ibnu Fawaid, Ibnu Qayyim-Bila hati cintakan Islam, segala-galanya ditunjangkan untuk Islam kerana redha Allah jua yang di cari"..Just as reminder yang kami menghargai semua jasa abang-abang yang disayangi sekalian..Segala usaha untuk kami yang telah anda curahkan tak terbals rasanya.Kami hanya mampu mengucapkan jazakumullalahu khairal jazak..Dan semoga Allah memudahkan segala urusan anda pula..Ukhwahhfillah abadan abada dari adik2 JASA. :)


Itulah satu mesej yang telah di berikan oleh seorang junior dalam society aku..
Bila mana aku membacanya hati aku terasa sungguh terharu..
Suka+Happy+ kerana adda orang yang menghargai..
Bukanlah aku mengharapkan penghargaan tapi ianya sesuatu yang cukup-cukup menggembirakan aku..
Aku rasa bukan aku seorang je dapat mesej ni mungkin ada seorang lagi "abang" yang turut juga dapat mesej yang sama..Untuk merungkai kenapakah aku mendapat mesej ini nantikan post yang akan datang..Insya ALLAH aku akan ceritakan dengan lebih detail lagi..

Bukan senang untuk meminta maaf kepada orang lain tapi sekiranya kita yang bersalah maka pohonlah maaf..
Ianya mampu menyambung kembali tali persaudaraan yang mungkin telah renggang..
Sekiranaya seseorang itu layak untuk diberi penghargaan maka berilah..
Kerana ucapan itu mampu membakar semangatnya untuk memjadi yang terbaik..
Tapi ingat!!!, jangan memuji berlebihan kerana itu akan memudaratkan..
Hargailah seikhlasnya..

Sunday, January 03, 2010

~~~Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru~~~




Rasanya agak terlambat sudah untuk aku mengucapkan selamat menyambut "Maal Hijrah" kerana sekarang sudah pun masuk hari ke 19 Muharram 1431..
Tapi rasanya tidak terlambat untuk aku mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2010" kepada pembaca-pembaca blog aku =)

Sejak aku kecil sehinggalah umur aku menjangkau 22 tahun aku tak pernah ada azam kerana bagiku ianya tidak penting..
Tetapi ketika aku berusia 23 tahun barulah aku mula untuk menanam azam ketika masuk tahun baru..
Bagiku ianya ibarat meng'refresh' semula semangat kita untuk melakukan sesuatu kerja yang hendak kita lakukan..

Tahun 2010 ini aku tidak punya azam yang baru tapi aku ingin meneruskan azam aku tahun lepas..
Azam aku ingin istiqomah dalam melakukan sesuatu kerja,ibadah dan apa-apa sahaja asalkan benda itu baik disisi Yang Maha Esa..

Berikut ada sedikit nasihat dan kata-kata bijak pandai yang boleh sahabat-sahabat ambil pedoman dalam hidup ini..
Bukan sahaja untuk anda tetapi khususnya untuk diriku yang kerdil ini..
Terima kasih kepada website "i luv islam" kerana menyediakan wallpaper yang menarik..











Sunday, November 15, 2009

~~~NEW ENTRY..Kisah Nabi Daud A.S. dengan Katak~~~

Dalam sebuah riwayat menerangkan bahawa pada suatu masa Nabi Daud A.S. telah keluar ke suatu tempat untuk beribadat maka beribadatlah Nabi Daud A.S. di tempat dipilihnya selama setahun..

Setelah segenap setahun Nabi Daud A.S. beribadat kepada ALLAh S.W.T maka beliau berdoa:

"Ya Rabbi..Ya Tuhanku..Telah bongkok punggungku dan telah lemah mataku dan telah kering air mataku tetapi aku belum lagi tahu bagaimanakah keadaan nasibku?"

Setelah Nabi Daud A.S. berkata demikian maka ALLAH S.W.T menyuruh katak yang berada di tempat itu menjawab soalan Nabi Daud A.S. itu..


Firman ALLAH S.W.T pada katak yang bermaksud:

"Wahai katak..jawablah pertanyaan hambaKu Nabi Daud A.S. itu.."

Kemudian dengan izin ALLAh S.W.T maka berkata katak itu:

"Wahai Nabi Daud A.S...wahai nabi utusan ALLAH..Apakah yang membuat kamu mengira-ngira pada ibadatmu yang setahun itu..Demi ALLAH yang mengutus kamu menjadi nabi, aku sendiri pun telah hidup di hutan ini selama 30 tahun atau 60 tahun sentiasa bertasbih, bertahmid kepada Tuhanku..Walaupun begitu lama tetapi sendi-sendiku tetap gentar kerana takut kepada Tuhanku.."

Setelah Nabi Daud A.S. mendengar penjelasan dari katak itu maka menangislah beliau dengan penuh kesal..

Kita sebagai hamba ALLAH tidaklah boleh mengira akan amal yang telah kita buat sebab kalau ita bandingkan seluruh tubuh kita yang ALLAH S.W.T ciptakan maka tidaklah layak untuk mengira amal kita..Oleh itu hendaklah kita sentiasa berbuat amal ibadat tanpa kita hitung semoga kita menjadi orang yang disukai oleh ALLAH, Rasul dan Malaikat..

Jaminan untuk masuk syurga hanya akan diperolehi dengan rahmat ALLAH S.W.T..tanpa rahmat ALLAH asalah mustahil seseorang itu dapat memasuki syurga ALLAH S.W.T..Amal ibadat yang kita buat tidak akan dapat menjamin kita masuk ke syurga tetapi dengan rahmat ALLAH S.W.T kita dapat memasuki syurga ALLAH S.W.T..Oleh itu juga apabila kita berdoa maka mohonlah pada ALLAH S.W.T supaya memberi pada kita syurga yang dijanjikan dengan rahmat-Nya..

Insya ALLAH =)

Thursday, September 10, 2009

~~~Rebutlah 10 malam terakhit yang masih tinggal~~~



Masih ada lagi 10 hari dan juga malam Ramadhan setelah berlalunya 20 hari Ramadhan tanpa kita sedari..Begitu cepat masa berlalu sehinggakan berlalunya Ramadhan dengan begitu pantas..Dulu kita begitu tidak sabar menantikan kedatangan'nya' tapi kini 'dia' slow-slow meninggalkan kita..

Dan yang amat penting adalah 10 malam terakhir ini mengandungi 1 malam yang digambarkan sehebat 1000 malam.Dikatakan semua makhluk-Nya mtunduk menyembah-Nya pada malam tersebut..Bayangkan betapa indahnya malam itukan..Subhanallah..


~~Gambar Hiasan~~


Dulu,aku mungkin masih muda sehinggakan tidak terasa excited pun untuk mengejar apa yang telah Allah tawarkan kepada aku terutama pada bulan Ramadhan tapi mungkin usia mematangkan aku..Aku mula terasa untuk mengejar apa yang telah dijanjikan..Insya Allah..

Tapi itulah,manusia mudah lupa..Aku berdoa agar aku istiqomah sehingga berakhirnya Ramadhan pada kali ini..Tahun depan tak semestinya aku dapat berjumpa lagi dengan bulan ini..Itulah ayat sering kali yang orang sebutkan setiap kali berlalunya Ramadhankan dan ianya memang bermakna bagi orang yang betul-betul memahami ertinya..

Seorang sahabatku pernah berkata "Kalau kita betul-betul nakkan malam Lailatul Qadar itu senang je..Kita beramallah kesepuluh malam tersebut..Wajib Allah bagi kita malam tersebutkan.."Itulah yang dia sebutkan dan bila difikir-fikir balik memang ada logiknyakan..Dah kita beramal setiap malam so takkanlah tak dapat..Tapi itulah,semuanya ketentuan Ilahikan..Kalau Dia bagi kita dapatlah tapi kalau Dia tak nak bagi kita kenalah redho..

Oleh itu sahabat-sahabat sekalian marilah kita sama-sama beramal ibadah pada 10 malam terakhir ini..Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat fadhilat yang telah dijanjikan..Amin!

Tuesday, May 19, 2009

Indahnya Ciptaan Tuhan...

Pagi ni sewaktu aku on the way g keje menaiki motor krissku yang bunyinya macam motorbot, aku terlihat banyak benda2 yang indah di atas kepala aku..
Aku tengok je kat langit..
Benda yang pertama aku nampak adalah sepasang pelangi..
Twin Rainbow..
Cantik sgt2..


Aku teruskan perjalanan aku..
Aku tengok langit mula gelap..
Tapi sebahagian saja yg gelap..


Sebahagian lagi cerah..
Tapi dalam masa yang sama gerimis..
Viser helmetku mula basah..


Tapi aku rase hujan takkan lebat sebab dari sudut yang lain pula aku ternampak matahari mula menampakkan dirinya..
Sikit2 dia kuar dari arah timur..


Fulamak!!!
Memang cantikla..
Langit yang luas tu bole berlaku macam2 dalam satu masa..
Pastu aku baru teringat nak mengucapkan ucapan nyang sepatutnya aku lafaz time awal2 lagi..
Tapi selepas aku lihat semua tu barula aku teringat..
Kalimah yang sering kali orang lupe untuk melafazkan ketika mane melihat
kebesaran Allah..
Iaitu..
Kalimah "SUBHANALLAH"


Dinamakan manusia dengan name 'INSAN' kerana sifat pelupa mereka..
Oleh itu, ingat mengingati kita antara satu sama lain..
Renung2kan dan Selamat Beramal..