Sesetengah orang mungkin memandang ringan tapi bagi aku walaupun ianya simple tapi mampu memberi semangat yang baru..
Satu ucapan datang dari sahabat aku yang telah lama lost contact dengan aku..
Dan satu lagi ucapan datang dari junior society aku..
Apakah ucapan itu???
Ucapan yang pertama adalah ucapan memohon maaf..
Al-kisahnya begini..Dulu aku amat baik dengan si pulan ini..Dah macam adik-beradik dah..Nak dipendekan cerita, dia nak jual handphone dia dan aku berminat..Aku bagilah duit aku dengan jumlah ynag banyak kepada dia..Tengok-tengok dia hilang camtu je..Dalam 5-6 tahunh jugaklah aku tak dengar cerita dia..
Tadi time aku tengah surf internet di office tiba-tiba aku menerima panggilan telefon..Aku tak tau nombor siapa dan aku angkat..Bila dia dengar suara itu aku terus cam suara dia..kemudian dia pun mintak maaf atas kejadian yang telah berlaku 5 tahun lepas..Memang ikut hati aku nak marah tapi disebabkan dia dah mintak maaf terus lembut hati aku..Itulah kekuatan "WORD" tadi..Memang aku nak maki dah tapi semuannya berubah sebab dia dah mintak maaf..Buat apa nak marah-maraf lagi, benda dah berlaku lama dah..Dan duit tu pun aku dah dapat balik tapi menerusi jalan yang kurang sopan..Bila pikir-pikir balik memang aku pun kurang ajar jugak dulu sebab terus jumpa family dia mintak duit tu..Tak pasal-pasal mak dengan akak dia kena attack dengan aku..huhu..Mudah-mudahan dia sedar akan kesilapan dia dah berubah..
Ucapan yang kedua adalah ucapan penghargaan..
Ucapan ini cukup mengharukan diriku bilamana aku membacanya melalui SMS..
Cukup touching..
Itulah satu mesej yang telah di berikan oleh seorang junior dalam society aku..
Bila mana aku membacanya hati aku terasa sungguh terharu..
Suka+Happy+ kerana adda orang yang menghargai..
Bukanlah aku mengharapkan penghargaan tapi ianya sesuatu yang cukup-cukup menggembirakan aku..
Aku rasa bukan aku seorang je dapat mesej ni mungkin ada seorang lagi "abang" yang turut juga dapat mesej yang sama..Untuk merungkai kenapakah aku mendapat mesej ini nantikan post yang akan datang..Insya ALLAH aku akan ceritakan dengan lebih detail lagi..
Bukan senang untuk meminta maaf kepada orang lain tapi sekiranya kita yang bersalah maka pohonlah maaf..
Ianya mampu menyambung kembali tali persaudaraan yang mungkin telah renggang..
Sekiranaya seseorang itu layak untuk diberi penghargaan maka berilah..
Kerana ucapan itu mampu membakar semangatnya untuk memjadi yang terbaik..
Tapi ingat!!!, jangan memuji berlebihan kerana itu akan memudaratkan..
Hargailah seikhlasnya..
2 comments:
Post a Comment