Ceritera Insan Biasa

Sedikit coretan yang ingin aku kongsikan bersama..

Saturday, April 03, 2010

~~~Solat Jumaat~~~


Setiap hari jumaat kaum lelaki akan sama-sama menunaikan solat jumaat yakni pada waktu zohor di masjid secara berjemaah..Tapi ada segelintir kaum lelaki yang berpendapat solat jumaat ini adalah satu acara yang menarik bagi mereka..Saya bukanlah kata semua tapi sebahagian sahaja..Ini berdasarkan pantauan yang saya buat dan juga berdasarkan pengalaman sendiri..

Solat jumaat adalah waktu yang paling menarik untuk tidur ketika waktu khutbah dibacakan..Adakah ini betul atau tidak?Saya rasa ada kebenarannya kerana saya lihat ramai sahaja yang melelapkan mata ketika itu..Saya pun turut sama tergolong dalam golongan tersebut kadang-kadang..hehe..Ada yang suka waktu solat jumaat ini kerana boleh makan cendol dan sebagainya sebelum menunaikan solat jumaat..Dapat makan pisang free di luar masjid..Boleh lepak-lepak dengan kawan-kawan..

Itulah antara sebahagian ragam-ragam kaum lelaki yang pergi menunaikan solat jumaat di masjid..

Untuk hari jumaat kali ini, saya menunaikan solat jumaat di masjid nurul hidayah berhampiran rumahku..Tajuk khutbah pada kali ini sangat menarik bagiku iaitu "Jahiliyyah Moden"..Memang sesuailah untuk disampaikan ketika ini..Cukup mudah sekarang ni, kemudahan LCD projector membuatkan khutbah jumaat kini bertambah interaktif..Tetapi khatib yang memberikan khutbah kali ini membuatkan aku terpikir sesuatu..Khatib hanya membacakan segala teks yang terdapat di dalam buku dan ianya turut di tulis dalam bentuk powerpoint untuk tatapan semua jemaah..Bagi saya, baik khatib just rakamkan je khutbahnya dan paparkan powerpoint tu kat projector untuk dibaca sendiri..huhu..Madam saya yang mengajar di UIAM pun marah sekiranya ada pelajar just membaca apa yang terdapat di skrin..

Ini sama sekali berbeza ketika mana saya mendengar khutbah di UIAM 2 minggu yang lepas..Khatib yang memberikan khutbah cukup bersemangat dan tidak membaca teks semata..Dalam khutbah beliau juga, dia turut menegur semua jemaah..Sebagai contoh dia menegur jemaah yang tidak mendengar khutbah tetapi bermain meseg..Dia juga menegur tentang kesedaran umat Islam masa kini..Sepatutnya selepas hadir menunaikan solat jumaat ade semangat baru untuk memperjuangkan Islam tetapi hadir ke masjid sekadar rutin harian..Aku yang ketika itu mengantuk pun jadi tak tidur sebabkan teguran itu..

Tapi sekarang entahla..Khatib pun sekadar membaca teks..Kan bagus sekiranya dia memahami teks yang ingin disampaikan dan berkutbah tanpa berpandukan teks..Baru imej sebagai khatib itu terserlah..

Saya amat tertarik dengan topik yang dibacakan pada khutbah kali ini iaitu "Jahillyah Moden"..Memang sekarang ini tengah melanda dikalangan masyarakat umat Islam sendiri..Saya rasa manusia hidup bermotifkan duniawi semata-mata dan jarang sekali memikirkan tentng ukhrawi..Saya sendiri kadang-kadang hanyut dibuai godaan dunia kerana semuanya ada di depan mata..Tetapi alhamdulliah kesedaran itu ada..Saya amat takut sekiranya bilangan manusia yang memikirkan tentang mati hanyalah sedikit berbanding manusia yang mengejar kekayaan dunia..Ini menunjukkan kita telah tewas dengan syaitan laknatullah..Nauzuminzalik..Mintak-mintak dijauhkan..

Itulah sedikit coretan yang ingin saya kongsikan kerana saya lihat ianya perlu dilakukan sesuatu agar kita semua sedar dan memperbaiki kelemahan yang kita ada untuk kebaikan akan datang..

6 comments:

Salam keberkatan Jumaat.
Tiada yang lebih indah
melainkan nikmat Iman
dan Islam. Jadi,
kenapa masih ingkar
dengan perintah Nya?

Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s: besarkan font boleh tak?
huhu. sakit mata baca.
thanks ya.
 
hehehe..ok2..nanti sy besarkan ckit ek..baru nak study bab2 bsrkn font ni =P TQ 4 ur concern =)
 
hehe, diantara salah satu sebab saya cintakan UIA adalah kerana orang-orang perempuan boleh join solat Jumaat, hee~ Bukan apa, selalunya masjid2 di luar mesti menggunakan tempat jemaah wanita untuk menampung jemaah lelaki sewaktu Solat Jumaat. Di UIA, bila orang perempuan pun boleh join, terisi juga jiwa yang kosong ni.. wuwu~

::tibe~
 
bagus2,lepas nie bolehlah dengar khutbah dari ustaz faizal pulak yer =)
 
salam, bagus tentang khutbah nie, mungkin lepas nie encik faizal sendiri boleh menyampaikan khutbah pula, =)
 
da dua jumat da berlalu..tak sempat nk update blog..huhu..thank 4 ur comment..insya Allah sy akan sampaikan khutbah jumaat satu hari nanti..amin!!!