Hari ini (Rabu@31 Mac 2009), aku saja je pergi office EZ Qurban lambat coz nak basuh baju yang bertimbun kat bilik aku..Dah settle kerja aku barulah aku bertolak pergi ke office..Sampai je office, ustaz panggil aku duduk kejap kat bilik dia..Ustaz nak melantik aku untuk menjadi Pengarah Program untuk "Kembara Mutiara" yang akan diadakan di Semporna pada bulan Jun ini..
Aku dengan selamba je menerima tugas itu..Sebabnya aku da ada pengalaman menjadi Pengarah Program dahulu so kira berkeyakinanlah..Tiba-tiba ustaz bagitau yang malam ini kena on-air di radio IKIM untuk hebahan tentang program..TUUUUPPP!!!Jantung aku mula berdebar-debar..Ini yang aku malas ini..hahahaha..Aku paling tak suka kalau benda-benda yang formal ni..Aku pun terpikir boleh ke aku buat ini..Bila dah pikir masak-masak aku tetap dengan pendirian aku tak nak on-air dengan ustaz malam ini..huhu..
Ini berdasarkan pengalaman aku kerana aku paling lemah bab-bab bercakap secara formal ni..Aku pernah jadi MC tapi ntah apa-apa ntah aku cakap..Aku pernah present untuk subjek English..Itu pun hancur jugak..so aku decide nak berlatih bercakap dulu baru aku boleh bercakap dengan baik..Konon-kononnyalah..hahaha..
Tolak punya tolak akhirnya berjaya jugak aku memujuk ustaz..YES!!!!..Tapi aku kena jugaklah ikut ustaz pergi IKIM..Kalau dia buat magic suruh aku cakap memang aku tak cakap..Aku lari keluar je..hahaha..
Tapi yang sedihnya aku kena cancel game friendly futsal aku dengan Janny..Punyalah lama aku setting tengok-tengok kena cancel..Sorry bro..
Apa-apa pun aku rasa bertuah coz ustaz percaya kat aku untuk menjadi Pengarah Program..Aku akan tunjukkan kebolehan aku yng sebenar =)
Wednesday, March 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Post a Comment