Nak akhir-akhir semester aku di UIA nilah baru aku berpeluang untuk merasai pengalaman sebegini..Kita merancang Allah merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik..Kisahnya begini..
29hb mac 2010 bersamaan hari isnin merupakan hari pertama aku akan menduduki exam Bank Management..Aku memang duduk rumah so kenalah bertolak dari rumah awal untuk sampai ke UIA..Kalau ikutkan perancangan aku,pukul 1 p.m aku bertolak then dalam pukul 1.30 p.m aku dah sampai UIA dah..So sempatlah solat dulu kat surau econ and then reviselah sikit-sikit..
Maka aku pun bertolaklah menaiki motorsikal KRISS aku yang agak "SEASON" tu..Kalau ikutkan perancangan aku lepas exam aku nak pergi tukar tayar motor sebabnya tayar daH botak..Siap ade gelembung-gelembung lagi..Tunggu masa jela nak bocor..
Aku pun menunggang motorsikalku dengan penuh cermat..Sampai je di area taman layang-layang tiba-tiba hujan turun..Aku memang dah serik nak basah-basah ni so aku tak jadilah nak redah hujan..Aku pun stop kat Petronas berhadapan taman layang-layang..Masa menunjukkan pukul 1.20 p.m,aku masuk ke dalam surau untuk solat dan sempatlah revise kejap note-note Bank Management..]
Jam menunjukkan 1.50 p.m,aku pun bertolak menuju ke UIA kerana hujan sudah pun berhenti..Tengah syok-syok bawak motor tiba-tiba aku rasa lain macam je condition motor aku ni..Tiba-tiba ke kiri ke kanan..SUDAH!!!Tayar pulak dah bocor..Aku pun senyum jela time tu..Dan-dan time ni pulak nak bocor..hehehe..Time tu betul-betul depan tangga Batu Caves..Aku gagahkan diri dengan motor aku untuk menuju ke UIA yang tercinta..Dan sampai je kat area Up Town Sri Gombak tu aku pun stop tepi jalan..Kesian motor aku ini kena paksa jugak berjalan..Waktu tu dah pun pukul 2.00 p.m.
Aku park motor aku kat situ then cari jalan macam mana nak sampai UIA ni???Aku nak tahan teksi tapi takde yang lalu..So aku pun calllah officemate aku, Siti Fatahya nak mintak tolong hantarkan pergi UIA..Namun hasilnya gagal..Bukan Siti yang angkat phone tu tapi adiknya, Pqa yang baru darjah tiga..Time-time nilah pulak dia nak buat lawak..huhu..Dia gelak je time aku call tu..Mana tak tensiun aku..Aku pun letak phone pastu terus call Baim..Aku rasa dia boleh tolong..Dah dapat call pastu dia cakap pulak road-tax motornya mati.Aduyai.Aku siap bagi warranty lagi kalau kena saman aku bayar saman ko..hahaha..Punyalah terdesak time tu..Tunggu punya tunggu 1.15 p.m baru Baim sampai kat tempat aku tu..Dia pulak boleh nak isi minyak dulu..Dalam hati ini hanya aku je yang tau betapa risaunya aku..huhuhu..
Dah sampai je kat Econ Department aku terus berlari pergi LT1..Masuk-masuk je semua da start exam..Aku tengok jam tepat-tepat pukul 2.30 p.m..Alhamdulillah sempat aku sampai..Tempat yang kosong time tu adalah tempat depan sekali..Aku pun duduklah rehatkan diri dulu..Dengan baju yang basah-basah kena hujan tadi sejuk jugaklah duduk dalam LT1 tu aku jawab je exam..
Aku habis jawab exam pukul 4.30 p.m,ikutkan 3 jam tapi tak tau nape cepat sangat aku jawab..Aku tengok semua orang tunduk menulis lagi..Risau pulak aku..Aku nak tukar jawapan memang tak tau nak buat apa dah..Nak kuar tapi takde orang yang kuar pun so aku pun conteng-contengla kertas soalan untuk memenuhi masa yang terluang..Ada 2 je andaian yang boleh aku buat..Samaada aku jawab betul or aku jawab salah..hahaha..Apa-apa pun tawakal jelah sebabnya aku dah usaha =)
Itulah peristiwa yang melucukan bagi aku..Dulu time 1st year 2nd year tak nak pulak jadi..Sekarang baru dapat rasa..hahaha..Seronok gila =)
Aku rasa takde pun sepatah sumpah seranah yang kuar dalam mulut aku dan aku berfikiran positif..thank you to my teacher =)
Pas maghrib tu aku mintak tolong Afiq Omar hantar aku kat tempat kejadian pagi tadi..Alhamdulillah kedai motor tak tutup lagi so sempatlah repair..Aku sampai di rumah aku dengan keadan yang selamat =)
If anything happen to us, let it be (Redhoilah peristiwa itu..Barulah kita tak terlampau fikirkan tentangnya =)
Tuesday, March 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Tapi,baguslah kalo abang peja bukan jenis maki hamun mencarut tak tentu pasal bila berdepan situasi macam ni.Contoh yg baik.Saya boleh ikut. :)
Post a Comment