Ceritera Insan Biasa

Sedikit coretan yang ingin aku kongsikan bersama..

Tuesday, April 27, 2010

~~~Pengalaman baruku ke udara di corong radio IKIM.fm~~~

"Petang ni kamu ikut ustaz g IKIM"..
"Ala ustaz..takyahla saya ikut..Tak sedialah"..
"Dah dua kali kamu bagi alasan, hari ni kena g jugak"..
"Yelah..saya ikut"..
Tak pernah terlintas di fikiranku untuk ke udara di radio..Dahlah pelat pastu cakap pun tak betul sangat pastu nak suruh cakap kat radio biar orang ramai dengar..huhu..Itulah yang aku rasa bila bos aku suruh ikut untuk on air di radio IKIM..Kelemahan yang dari dulu lagi aku rasa yang ada dalam diriku iaitu tidak yakin pada diri sendiri =(

Tapi bila fikir-fikir balik inilah platform untuk aku memperbaiki kelemahan diri aku.. Dan aku nekad untuk mencuba sesuatu yang baru..Tujuan aku on air ini adalah untuk mempromosikan tentang program "KEMBARA MUTIARA" di Semporna anjuran IKIM.fm dan syarikat Ez QURBAN menjadi urusetia untuk program ini.. Dan aku pula menjadi Pengarah Programnya..huhu..Besar sungguh beban yang aku pikul tetapi aku sanggup memikulnya kerana aku pernah terdedah dengan tugas-tugas seperti ini ketika aku bersama JASA dahulu..Thank you so much for the experience that i gained..

Pada 16hb April 2010 bersamaan hari Jumaat, aku pun pergi bersama-sama ustaz ke radio IKIM untuk membuat rakaman untuk slot pengembara muslim yang akan di siarkan pada hari Ahad bersamaan 18hb April 2010 pada pukul 5.00 petang..Benda yang first time kita nak buat mesti neveskn dan aku juga turut merasainya waktu itu.. Dalam masa yang sama juga keluarga Encik Zainal juga akan sama-sama hadir untuk berkongsikan pengalaman..Kerana terlampu takut aku mintak ustaz Azhar tolong rangkakan skrip untuk aku..hahaha..Siap ada skrip lagi..Inilah buktinya..




Yang agak memalukan apabila keluarga Encik Zainal tak tulis skrip pun..Cool je..haha..Encik Zainal, Puan Zakiah dengan adik Syamim semuanya cakap spontan je..Dahlah adik Syamim tu baru 13 tahun..Jatuh maruah aku =P Tapi nak buat macam manakan memang aku ada darah gemuruh..Dorang semua darah sejuk kot..haha..Yang aku tak tahan lepas je aku habis cakap berpandukan skrip yang telah sedia ada si adik Syamim ni pun tegurlah aku.."Abang memang tak boleh sebut "R" ek?"..haha..Kurang ajar kamu tapi takpela, aku rasa aku memperjuangkan hak rakan-rakan aku yang tak susah untuk menyebut huruf "R" pada mahraj yang tepat..hehe..

Bila hari Ahad 18hb April 2010 aku sempatlah mendengar radio IKIM untuk menilai bagaimankah prestasi aku ketika rakaman hari tu dan keputusan cukup membanggakan..Walaupun aku rasa aku cakap macam teruk je tapi bila dengar balik rupanya cool..Hebat jugk rupanya Mohd Faizal B. Eshak ni..haha..Dan waktu rakaman itu dimainkan aku hanya memberitahu 1-3 orang je kawan-kawanku untuk dengar sebabnya malu nak bagitau kat orang lain..

Pada 23hb April 2010 bersamaan hari Jumaat, ustaz lagi sekali mengajak aku untuk turut sama membuat rakaman untuk slot Pengembara Muslim untuk minggu ini..Tapi kali ini aku tidak menolak bahkan bertambah semangat untuk menjadi DJ =) First time dulu memangla neves tapi sekarang ini relax je kalau ustaz ajak..Untuk kali ini aku tidak lagi mebuat skrip coz confident diri tu dah ada..Aku hanya datang membawa sebuah buku dan juga pen untuk sedikit catatan..Minggu lepas tak sempat pun aku nak amek gambar tapi minggu ni aku amek gambar coz nak letak dalam blogkan..hehe..Nilah buktinya..




Untuk rakaman kali ni, aku bercakap tanpa menggunakan skrip dan Kak Mas kata better than before..Dah banyak kali on air ni rasa ketagih pulak..Dan untuk rakaman kali kedua ini dengan confidentnya aku mempost di Facebook agar kawan-kawanku yang lain dengar suaraku yang lunak merdu ini di radio..haha..Dan alhamdulillah ramai jugaklah yang dengar dan respond dari pendengar untuk yang kali kedua ini lagi ramai dari minggu lepas..

Hari ini bersamaan 28hb April 2010 iaitu hari Rabu aku lagi sekali membuat rakaman untuk slot Pengembara Muslim untuk minggu ini..Dan alhamdulillah aku baru je selesai..Tadi pada pukul 3.30 petang aku bersama-sama Ustaz Azhar,Ustaz Jalal dan juga Siti Fatahya sama-sama hadir untu membuat rakaman..Dan kali ini keluaraga Encik Badri bersama isteri beliau Puan Noriah dan anak-anaknya Maryam dan Aishah..Dan untuk kali ini lagi betterla coz aku rasa aku cakap tadi cool je..haha..Siti yang agak cuak sikit tapi boleh je cakap tadi..Biasalah neves first timekan..hehe..

Dah tiga kali aku menjadi DJ dan insya Allah aku teringin menjadi DJ sepenuh masa sekiranya kelemahan yang aku rasa penghalang utama untuk kerjaya ini iaitu sebutan huruf "R" aku..haha..Apa-apa pun aku amat berterima kasih kat Ustaz azhar kerana percaya kat aku untuk menjadi Pengarah Program untuk Kembara Mutiara kali ini..Insya Allah aku akan cuba membuat yang terbaik..Dan aku berharap agar musuh-musuh aku iaitu Kak Mas dan Ustaz Erwan akan turut berkerjasama dengan aku..haha..Happy experience and I enjoy.. \(^,^)/

9 comments:

Assalamualaikum abg peja.Kita pun dulu pelat R masa kecik2 tapi skng dah ok.Hari-hari sebut Rrrrrr (getarkan suara).Abg peja cubalah.

Lagi satu,dah glemer nanti(lepas jadi selebriti DJ) jangan luper kiter.haha...
 
hehehe..abg da usahakan da nak repair tapi tak berjaya..may be nilah keistimewaan abg kot..hehehe..jadi DJ???tak dpt kot coz tak memnuhi criterila =P
 
salam... best laa abg peja... dh pernah rasa jadi DJ... sy masa kecik2 dulu pun teringin nak jd DJ... hahahaha...
apa2 pun, abg peja cool.....
(^_____^)
 
abg mmg cool dgn hot skali tau..hehe..da skali ckp terus ketagih tau..tiap2 mggu nak on air =)ust erwan dgn kak mas ni best tu jgn lyn je..klu dgn org lain malu kot =P
 
wah update baru setelah sekian lama..tahniah..keep up good work..anda pasti cemerlang..practice make perfect..^^,
 
hehehehe..pejei yang terkini maybe almost better..hehehe....
 
sememangnya better kot yaya..hehe..tapi yaya yg neves..ckp getar2..hahaha..bzla tu yg tak sempat update..TQ coz sudi membaca ek =)
 
hehe wah! peja on air.. gg penah gak.. tpi bepantun hahaha pastu kne byr 100 utk serangkap pantun :P
seriusly serangkap je...

x prasan lak pelat r~~ hehe nk dgr betol2 la nnt kalo ckp ngan peja :P
 
peja on air 30 minit tau..tk payah byr pun..hehehe..ramai gak org tak perasan gg tapi terkantoi gak..hahaha..kenalah ngaku..nnti dgr lg mggu ni =P