AQWA baru dibuka pada tahun ini dan pelajarnya seramai 50 ke 60 orang..40 orang merupakan pelajar lelaki yang duduk di asrama manakala selebihnya berulang alik dari rumah..Aku terlupa pula mengambil gambar sekolah..huhu..Insya Allah nanti aku akan updatekan kemudian gambar sekolah tersebut..
Bagaimana aku boleh terjebak untuk menjadi seorang USTAZ?Ini semua adalah tugas ALLAH tapi insan yang memberi aku peluang ini adalah bos aku sendiri iaitu Ustaz Azhar..Jutaan terima kasih kerana membuka ruang untuk aku menjadi seorang pendidik..Aku hanya mengajar satu subjek sahaja di AQWA iaitu subjek SIRAH dalam bahasa arab..Serius aku dah lupa banyak tentang bahasa arab sebab dah lama tinggalkan..Tapi Alhamdullilah berkat daripada aku menjadi pendidik ini aku dapat mengulang kembali bahasa arab yang aku sudah lama abaikan..Sedihnya..huhu..Sebelum aku pergi mengajar di AQWA pada setiap hari Khamis pada pukul 2.30 sehingga 5.30 petang, aku akan mengadap guruku iaitu Ustaz Azhar untuk menelaah subjek SIRAH..Ustaz akan men"translate" topic yang ingin diajarkan kemudian aku akan terangkan semula kepada dia..Itulah tugas aku sebelum pergi mengajar..
Sedar tak sedar aku dah pun mengajar selama 3 bulan di AQWA dan aku cukup seronok dengan anak-anak muridku..Yang budak besar aku dah anggap macam kawan2 dah, yang budak kecil pula macam adik2 aku..Setiap kali aku pergi ke sekolah, aku cuba untuk memberi sesuatu yang baru agar mereka lebih bersemangat untuk belajar..Sebagai contoh aku buat kuiz kemudian siapa yang dapat tertinggi akan dapat hadiah sebagai tanda penghargaan atas kesungguhan mereka..Dan aku bercadang untuk membuat tayangan video mengenai Nabi Muhammad tapi tidak berjaya kerana aku telah berhenti..Aku berhenti bukanlah sebab kerana tidak suka tugas sebagai seorang pendidik tetapi aku mempunyai komitmen sebagai seorang pekerja di EZ Qurban..Oleh kerana tugasan di syarikat semakin banyak maka bosku menyuruh aku fokus kepada kerja..Atas sebab itulah aku terpaksa berhenti..Sebelum aku berhenti, sudah 2X aku tidak hadir ke kelas dan kasihan kepada anak-anak muridku kerana tiada siapa yang mengajar mereka..Tetapi semalam aku tekad juga untuk datang ke sekolah untuk mengambil gambar kenangan bersama mereka..Ribuan terima kasih kepada bosku kerana sudi mengizinkan aku untuk menggunakan kamera jenama KODAKnya untuk aku mengambil gambar..haha..
Di bawah ini adalah gambar-gambar yang baru aku ambil semalam (15 Jualai 2010 - Khamis)..Sayu tetapi aku machokan diri aku agar tidak menitiskan airmata..Jelas semua muridku terkejut kerana aku tidak mengajar lagi..Bila aku cakap sahaja aku nak berhenti semua terkejut..Dan reaksi mereka membuatkan aku happy seketika kerana itu tandanya mereka sayangkan aku..hehe..
Selain dari Ustaz Suhaib, rakan2 pendidik aku termasuklah Ustaz Mursyid, Ustaz Haris, Ustazah Khadijah, Ustazah Syuhadah etc..Dan yang terakhir ustaz yang aku hormati iaitu Ustaz Islah..Mukanya cukup garang tapi dia cukup mesra dengan budak2 TAHFIZ..Semua uztaz dan uztazah disini sangat rapat dengan pelajar2..Kalau diberi peluang lagi memang aku nak bertugas di sekolah yang bernama AQWA =)
3 comments:
Post a Comment