Ceritera Insan Biasa

Sedikit coretan yang ingin aku kongsikan bersama..

Sunday, July 12, 2009

"Hasratku tak kesampaian"

"10 biji durian!!!"itulah target aku ketika diajak oleh bosku untuk pulang ke Temerloh..iaitu kampung halaman bosku yang mempunyai banyak pokok durian..memang dah lama sangat aku nantikan saat ini sebab pokok durian di dusunku baru je berbunga..nak tunggu berbuah memang abislah air liur aku ini mengalir keluar..hehe..

Dengan azam yang tinggi aku memandu laju kereta bosku menuju ke Temerloh..dalam masa 2 jam setengah kami sampai di Jenderak..destinasi kami telah bertukar kerana wife bosku bagitau yang durian di rumahnya tak nak gugur-gugur..teramatla kecewa lah aku mendengar dan kami lantas menukar ke "PLAN B" iaitu menuju ke rumah mak cik bosku..

Sampai je rumah itu aku macam biasalah akan buat malu-malu dulu supaya bosku akan memulakan langkah pertama..Selesai je bosku menyapa mak ciknya barulah aku mulakan langkah sumbangku.memang tak kenallah mak cik itu sebab bukan mak cik aku tapi durian tu aku bayangkan macam durian dusunku..hahaha..

Inilah durian pertama yang telah aku rabakkan..isi dia memang perfect..MARVELOUS!!!!





Kemudia yang kedua pulak..yang aku bengangnya duriannya makin sedap dan makin rancaklah aku untuk menjamahnya..hahaha..



Tengok bos aku, walaupun ada penyakit "gaut" tapi beliau tetap tabah menjamah durian ini..memang cari nahas betul..hahaha..



Dan ini yang ketiga..Isi warna kuning membuatkan aku mabuk durian..rasanya nikmat sangat-sangat..langsung tak sama dengan durian yang dijual di tepi-tepi jalan..







Niatku untuk meneruskan ke durian yang ke-4 terbantut kerana perutku sudah kembung..Memang tak boleh sumbat lagi dah..Dan ini berterusan hinggalah ke malam..huhu..Sakitnya perut aku =(

Bosku mencadangkan agar kami segera mendapatkan "ENO" kerana ada orang-orang kampung bagi petua begitu..kami pun bergegaslah mencari "ENO" yang dimaksudkan di R&R Termerloh..

Alangkah selesanya perutku selepas meminum "ENO" berperisa halia tersebut..memang lega sangat-sangat..Tapi aku tetap kecewa kerana hasratku untuk menghabiskan 10 biji durian tidak tercapai..

"MISSION INCOMPLETE!!!!"

Tuesday, July 07, 2009

"Impianku.."

Semua orang mempunyai impian tak kira kanak-kanak sehinggalah yang sudah berumur..Impian merangkumi segala aspek dalam hidup manusia contohnya kehidupan, kerjaya, keagamaan dan sebagainya..Samalah seperti aku yang mempunyai banyak impian yang baru aku impikan..Masih terawang-awangan di minda aku lagi..Kalau sebelum ini aku tak berapa jelas ke mana hala tuju aku kelak tetapi sejak meningkat dewasa ini barulah aku sedar segala-galanya..Aku pernah terbaca dalam satu article mengatakan "Impian itulah mengarahkan hala tuju seseorang kerana itulah yang mereka ingin gapai dimasa akan datang"..Sebab itulah kalau sesiapa yang bersungguh-sungguh dalam kerja yang dia lakukan mean that dia nak capai impian dia tapi kalau orang itu just go throuh life dia tanpa ada sebarang effort so mean orang itu tiada impian..

Panjang betul muqaddimah akukan..hehe..Kini aku nak senaraikan impian-impian aku..Yang pertama adalah aku impikan untuk graduate daripada IIUM dengan pointer 3.5..Aku tak tau macam mana nak kira pointer tapi sekarang ini pointer aku tak sampai tahap itu lagilah..Sebab itu aku nak capai impian aku but it no far away from me..hehe..CAIYOK2!!



Selepas graduate daripada IIUM tercinta semestinya aku ingin mencari pekerjaan untuk menampung hidup aku..Aku impikan untuk menjadi usahawan yang berjaya..Usahawan apa yang aku nak jadi itu aku belum decide lagi because sekarang ni pelbagai benda boleh dijadikan business..Masih lagi dalam pencarian..



Alhamdulilah aku memang dalam landasan yang betul kerana bidang yang aku ikuti di IIUM adalah Business Administration..Dan sekarang ini juga aku baru sahaja lepas buat practical training..Memang itu semua memberikan aku support untuk aku mneggapai impian aku ini.Terima kasih kepada ustaz azhar kerana banyak berkongsi idea dengan aku...

Sekiranya aku tidak dapat menjadi usahawan, aku bercita-cita untuk menjadi seorang guru..Mereka dibawah inilah yang menjadi idola aku selama ini..







Setelah mendapat pekerjaan dengan memperolehi pendapatan yang lumayan, matlamat aku seterusnya untuk memiliki aset sendiri..sekarang ini aku sudah pun memiliki sebuah motorsikal dan sebuah kereta tetapi milik PARENT aku..Aku nak perolehi aset hasil titik peluh aku sendiri..Aku ingin memiliki kereta BWM..



Sekiranya tak dapat next choice adalah kereta HONDA..



If tak dapat jugat itu tandanya aku kena beli kereta buatan Malaysialah..Kereta yang aku pilih adalah kereta SATRIA NEO..



Lepas beli kereta aku nak memiliki rumah pulak..Sekarang ini parent aku ada rumah sewa tapi aku tak nak duduk situ..kalau boleh nak duduk jauh sikit dari parent..Dari kecik samapi ke besar asyik berkepit dengan parent aku so lepas kahwin aku nak duduk jauh sikit..Negeri yang aku nak pilih adalah negeri KELANTAN..GOCHO ELATE GOCHO!!!..hehe..Lagi kos sara hidup dekat sana rendah berbanding bandar kuala lumpur..Yang lagi penting adalah negeri itu ada keberkatan..



Inilah gambar rumah impian aku..Wajib ada swimming pool kat depan rumah aku sebabnya aku nak belajar swimming.Dari dulu aku belajar tak pandai-pandai jugak..Kena ada gadis-gadis ajar akulah..haha..



Setelah dapat semua itu barulah aku berfikir untuk berkahwin..Alhamdulilah calon dah ada so doa-doakanlah semoga jodoh kami dipanjangkan.amin!!Guess who???Adalah..hehe..



Selepas kahwin pastinya anak-anak adalah impianku..Aku sukakan budak-budak so tak menjadi masalah kalau dapat anak ramai..Jumlah anak itu tak menjadi masalah kepada aku tapi hasrat aku untuk mendapat anak sedozan memang ada dari dulu lagi..hehe..Nak buat satu team football terus dan aku jadi coach like Alex Ferguson or Jose Mourinho..

Sampai situ sahajalah impian aku bUat masa ini, kalau ada lagi nanti aku kongsikan..

ANDA PULA BAGAIMANA???

Monday, July 06, 2009

"Selesai pun......"

Hampir 3 minggu aku spend masa untuk aku menghabiskan bacaan komik yang sudah lama aku tinggalkan.Kalau dulu aku seronok sangat tengok muvee tapi sekarang ni aku lagi prefer untuk membaca komik secara online.. Sebuah cerita yang amat aku minat dahulu kala bersama sepupu-sepupu aku..Iaitu "NARUTO"..


Dulu aku agak malas nak mengikuti muvee ini kerana susah sangat untuk mendapatkan sumber cerita ini sendiri..Yang keduanya sebab starting muvee ini mesti ulang episod yang lepas dan aku ni pulak jenis-jenis yang tak suka forward-forward cerita sebabnya tak nak tertinggal apa-apa pun..hehe..itu masalah aku sendirilah..

Anyway, sekarang ini aku dah pun mengikuti cerita ini sepenuhnya..YES!!!



Sepanjang aku baca komik "NARUTO" ni, pelbagai teladan yang baik aku perolehi..Walaupun hanyalah sekadar cartoon semata tapi input yang penulis nak sampaikan memang bermakna..Lupa nak bagitau, penulis komik ini ialah Kishimoto Masashi..Aku nak juga appreciate penulis dia walaupun aku tau aku takkan kenal dia sampai bila-bila dan tak paham sepatah apa yang dia akan cakap..hehe..Sebab idea dia yang best disamping sedikit teladan yang dia selitkan membuatkan aku cukup respek sama ini orang..

Uzumaki Naruto ini adalah main character dalam cerita ini..Daripada dialah bermulanya cerita ini..Teladan-teladan yang dia tunjukkan contohnya erti tak mengenal putus asa walaupun dalam apa jua perkara sekalipun..itu sifat yang bagus..lagi-lagi untuk orang melayu kita yang terkenal dengan "HOT-HOT SHIT CHICKEN"..Betulkan???aku sendiri pun sama macam itu jugak..

Teladan yang keduanya adalah erti persahabatan..Memang terserlah dalam cerita ini..Manusia sering kali melupakan orang-orang yang rapat dengan mereka dan jarang menghargai mereka..Tapi naruto ini mengajar bagaimana nak appreciate kawan-kawannya..So meaningful..



Last but not least adalah keazaman yang tinggi..Naruto mempunyai cita-cita untuk menjadi HOKAGE(PERDANA MENTERI) bermula dari kecik lagi..Dan dia berusaha untuk mncapai tahap itu dengna berusaha bersungguh-sungguh..



Kalau nak ceritakan mengenai naruto memang 10 kali jumaat pun tak habis..hehe..Tapi kalau anda berminat membaca komik ataupun menonton muvee cartoon, ambilah iktibar dari cerita-cerita tersebut..Jangan sekadar menonton dan terbang begitu sahaja..Sekadar hiburan semata..amat-amat rugi..
Adioz~~~

"New Family Members"

Setelah menunggu hampir 3 minggu akhirnya family aku telah mendapat ahli keluarga yang baru.Cukup-cukup menyeronokkan.Memang sudah lama mak dan abahku tunggu selama ini kerana kedua-dua cucu mereka sudah pun besar.Ahli keluargaku yang baru ini baru sahaja berumur seminggu. Bayangkan betapa comelnya mereka ini..Inilah gambar ketika mereka dibawa pulang ke rumah..



Apakah yang anda bayangkan apabila melihat gambar ini.Jangan bayangkan bayi yang baru di lahirkan disimpan didalam beg ini ye.Zalim namanya itu..Semestinya bukan bayi yang hadir dalam family kami tetapi.....





Mereka inilah yang merupakan ahli keluarga kami yang baru..hehe..Anak-anak ayam dan anak-anak itik. Comel sangat..3 minggu lepas aku amat sibuk dengan kerja-kerja aku dan terpaksa outstation so tak sempat nak teman abah pergi beli mereka-mereka ini tetapi minggu ini free so terus aku pergi beli..Aku membeli mereka di Pasar Tani di Puchong..Selamatlah kawanku, Shahri B. Ritin memberikan informasi tentang mereka ini..

Lihatlah betapa comelnya mereka ini..







Kedatangan ahli keluarga aku yang baru ini disambut baik oleh dua anak buahku yang sangat cute..Yusri@otie dan Fatin Yusrina@adik..Tiada hasad dengki pun yang terpancar dari raut wajah mereka..



Bahkan mereka berdua inilah yang banyak membantu abahku menjaga ayam dan itik di rumahku..Setiap petang wajib bagi dua orang budak ini menghalau itik-itik untuk masuk ke kandang..Kadang-kadang aku terpaksa menghalau budak-budak ini masuk ke rumah kerana suka sangat bermain dengan itik-itik..hehe..Tengoklah aksi-aksi mereka ketika berada di tempat kerja ibarat seorang farmer yang berkaliber..Hebatkan..





Inilah kandang milik abahku..Sejak aku kecil lagi memang abah dah bela ayam..Rumah aku rumah kampung so bolehlah bela..Kalau kat taman-taman or bandar jawabnya memang kena sembelihlah..Dulu kandang ini buruk tapi kini telah diupgrade dan menjadi lebih selesa untuk penghui-penghuninya iaitu itik-itik putih..



Ini kandang yang baru saja siap dibina bulan lepas..Cukup selesa dan cantik..Yang ini penempatan ayam sepenuhnya..



Bila anda melihat gambar ini, cerita apakah yang anda ingat???



Masa aku kecik-kecik dulu ada kisah mengenai gambar ini..Yang itik kuning ini hasil pengeraman itik putih yang sudah ada di rumah aku..Tapi seekor saja yang menjadi..Yang lain-lain on the way rasanya..

Dapat jugak aku kongsikan kepada pembaca sema betapa happynya family aku menerima ahli keluarga yang batu..hehe.

Impian aku sekarang adalah untuk membentuk sebuah pasukan yang diberi nama "WONDERPET"..Hanya kura-kura saja yang tiada lagi.Ketuanya adalah Otie The Otomen dan pembantu semestinya Adik The Bird Girl.haha.Adios~~~