Ceritera Insan Biasa

Sedikit coretan yang ingin aku kongsikan bersama..

Showing posts with label Lagu... Show all posts
Showing posts with label Lagu... Show all posts

Tuesday, May 18, 2010

~~~Selamat Hari Guru..~~~

Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku

Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu

Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi

Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku


Sedar tak sedar dah setahun aku dengan blog aku ni..Tak silap aku post aku yang paling awal adalah tentang hari guru juga..Walaupun hari guru telah disambut 3 hari yang lepas tapi aku tetap nak post jugak kerana mereka amat bermakna bagi aku..

Ucapan "Selamat Hari Guru" ini aku tujukan khas buat ibu bapaku kerana merekalah guru aku sejak dari aku lahir lagi..Thank you mak abah kerana mendidik anakmu ini dengan baik..I Love both of U so much =)

Yang keduanya kepada guru tadika aku ketika di tadika ABIM..Yang ketiga guruku ketika di SKTTDI 2..Seterusnya kepada guru aku ketika aku menuntut di COSMOPOINT..Tidak lupa juga buat guru kelas memanduku..Tak silap aku dia ada bau-bau bacang dengan aku..

Yang amat teristimewa buat ustaz-ustazahku ketika di SMIP..Rasanya aku mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan mereka semua..Nostalgia bersama kalian menjadi panduan ketika aku dewasa ini..Terima kasih sangat-sangat..

Dan terakhirnya buat lecturer-lecturerku yang banyak membimbing aku ketika aku di menara gading yang bernama UIAM..

Juga jutaan terima kasih buat sesiapa sahaja yang menjadi guruku secara tidak langsung..Bak kata Saidina Ali : Barangsiapa yang mengajarkanku sepatah ayat sekalipun maka dia adalah guruku..So JASA kalian amat aku kenang sampai bila-bila..Mudah-mudahan ilmu yang kalian curahkan mendapat syafaat ketika di dalam kubur nanti..

Dan ketika aku pergi mengajar di sebuah sekolah di Sungai Buloh tadi, anak-anak muridku bersalaman dan mengucapkan kepadaku "Selamat Hari Guru Cikgu Faizal"..Terharunya aku mendengar walaupun hanyalah ucapan sahaja..

Itulah nikmat menjadi seorang guru..Sanggup membakar dirinya untuk menerangi orang lain..

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru!!

Dedikasi ini khas buat:-

- Cikgu tadika = Cikgu Nona (orangnye manis, lawa)

- Cikgu sekolah rendah = Cikgu Sansei (orang sabah bah)

- Ustaz/Ustazah sekolah menengah =

Ust Nasir B. Yusof, Ust Kamalulnizam B. Suhut, Ust Azhar B. Abd Shukur,Ust Karim, UstRamli (ala-ala hero hinduatan sikit), Ust Sobri, Ust Radzi, Ust Zubaidi, Ust Yusof, Ust Zaiskandar, Ust Awalludin, Ust Azam, Ust Shakila, Ustzh Faridah, Ustzh Normala, Ustzh Anita, Ustzh Zalina, Ustzh Normah, Ustzh Basyarah, Ustzh Hasliza, Ustzh Rabihah, Ustzh Norhazlin, Ustzh Shahriza, Ustzh Yusdiana (Allahyarham Ust Rosli B. Osman - ust yang paling murid-murid sayangi)

- Lecturer MCIIUM = Madam Normah (berkaca mata), Madam AAA@Azian Abdullah Azizi (suke sgt gelak..sorry madam)

- Lecturer IIUM = Madam Zaiti Akma (seorang yg cool dan pendiam..tapi nama student dia cpt ingat), Dr. Khalid (ayah ahmad), Dr Junaidah (mdam yg periang dan suke bercerita..tapi kalau silibus tak abis, terus dia tak nak citer dlm class da.hehehe.), Haji Zulkifli Baharom (sir yg bagus giler..relax jer class dia..aku suke sgt!!)

KHAS BUAT ANDA SEMUA..
TERIMALAH..
nyanyian: pejei@peja@mohd faizal eshak
(lagu Shoutul Amal sebenarnya)

Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku

Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu

Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi

Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku

Jasamu takkan terbalas dek aku..
Hany Tuhan yang boleh membalas jasa kalian semua..

Tuesday, May 12, 2009

Putihnya Lukisan..

By : MeEt UncLe HuSsaIn

oh dunia penuh dengan derita
ada suka ada juga dukanya
yang di sana sedang menakluk dunia
yang di sini ditimpa malapetaka

oh… dunia hari ini
oh… sedihnya
oh… tanah dijajah lagi
oh… kejamnya

(Chorus)

jika ku seorang pelukis
akan ku warnai dunia
dengan warna putih
agar tiada gelap
lukisanya oh…oh…oh…oh…

oh manusia tak ku mengerti sifatnya
ada mulia ada juga kejinya
yang si tua berbalahkan kuasa
yang si muda mengacukan senjata

oh… maruah dijual beli
oh… murahnya
oh… bumi terbelah lagi
oh… bencana

oh…..oh…..oh…