Ceritera Insan Biasa

Sedikit coretan yang ingin aku kongsikan bersama..

Showing posts with label Hidupku... Show all posts
Showing posts with label Hidupku... Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Aku nak aktif balik menulis blog :)

Lama aku tinggalkan blog ni konon-kononnya nak buat blog baru tapi tengok balik blog ni ramai pulak datang melawat. Sob..Sob..Sob.. Terharu pulah rasa. Terima kasih kepada semua yang datang ziarah walaupun hanya nak mempromosikan blog korang atau sudi membaca post saya. Itu semua memberi suntikan baru kepada saya untuk meneruskan penulisan seorang "Beginner" untuk terus berkongsi pengalaman yang tak seberapa ni kan.

Post pertama yang akan aku kongsikan selepas ini adalah mengenai isteriku yang tercinta bernama Khairunnisa' Binti Osman :)

Tunggu...!!!

Monday, December 20, 2010

~~~Flashback :)~~~

Wah..Lamanya aku tak menulis blog ni..Rasa janggal pulak bila nak mula balik ni tapi nak tak nak kena jugak sebab banyak cerita yang nak aku kongsikan bersama rakan-rakan yang sudi melawat ke blog aku yang dah 2-3 bulan tak dikemaskini.hehe.Post aku terakhir pun mengenai bulan puasa so aku kena update start dari rayala..Tapi kat post ni aku just preview jela big event yang dah berlaku pada hidup aku start dari bulan oktober bulan bersamaan syawal 1431H sehinggalah bulan disember bersamaan bulan muharram 1432H..Antara event yang telah aku lalui ialah :-

>Sambutan Hari Raya 2010



>Majlis Konvokesyen aku di UIAM, Gombak



>Bekerja pada waktu Musim Qurban yang sangat sibuk



>Bekerja di Kemboja bersama staf pejabat



>Bercuti ke Langkawi



>Program Kem Smart Quran 4 (KSQ 4) di UKM, Bangi



>Azam awal Muharram 1432H



Insya Allah jika ada kelapangan aku akan ceritakan setiap event yang telah pun aku harungi..So berjumpa lagi di post yang akan datang..
Wassalam :)

Sunday, August 29, 2010

~~~Kembaraku ke Myanmar~~~

Alhamdulillah pada tanggal 23hb sehingga 25hb Ogos yang lepas, aku telah berjaya pergi Myanmar bersama dengan Ustaz Azhar atas urusan kerja syarikat. Tugas kami adalah untuk menyampaikan sumbangan aqiqah kepada umat Islam yang memerlukan disana. Pada permulaannya, aku telah pun berjanji dengan seorang sahabat Myanmar yang berjanji untuk menjadi tourist guide kami disana tetapi malangnya dia tidak dapat dihubungi. Tetapi aku dan ustaz tawakal jela dan nekad untuk pergi ke sana. Maka bermulala diary hidupku mengembara ke MYANMAR :P

23hb Ogos 2010 (Isnin)

Kami tiba di airport seawal 12 tengahari dan sibuk mencari peta negara myanmar sebagai persediaan awal.Tetapi malangnya sukar untuk didapati. Setelah puas berjalan ke sana ke sini akhirnya ustaz berjaya juga menjumpai buku peta Myanmar dengan harga yang agak mahal. Jam 4.00 petang kami pun bertolak menuju ke Yangon, Myanmar. Sepanjang perjalanan aku membelek buku tersebut untuk mencari maklumat penting tentang Myanmar. Setibanya di airport Yangon, kami pun mencari-cari siapalah yang boleh membawa kami ke kawasan orang Islam. Tiba-tiba ada seorang driver taxi menyapa "Asssalumaikum..you are Muslim?"..Ustaz pun toleh ke arah dia dan terus bersembang dengannya..Nama dia Mr. Ali dan dia pun membawa kami ke hotel yang berdekatan dengan masjid. Kami tidak sangka terdapat banyak masjid di kawasan bandar Yangon.Diceritakan terdapat 70 buah masjid di bandar Yangon. Dan memang aku percaya kerana masjid-masjidnya terletak berhampiran sahaja. Aku dengan ustaz cukup gembira kerana matlamat kami untuk ke Myanmar 30% sudah tercapai. Kemudian kami menginap di hotel Central yang boleh dikatakan 3 star keselesaannya. Kami berbuka dengan makanan yang dibeli didalam flight tadi. Kemudian ustaz mula berbincang dengan Mr. ali berkenaan tentang pendudk Islam di Myanmar dan alhamdulilah urusan kami dipermudahkan. Mr. Ali tahu di mana ladang kambing dan juga kawasan orang Islam. Malam itu aku dan ustaz menuju ke masjid yang berhampiran dengan hotel tempat kami menginap. Bila kami masuk je masjid terus orang menyapa "Abang, mari amek wudhu"..Terkenal betul orang malaysiakan.. Kami pun menunaikan solat isya' dan juga terawih disana. Boleh tahan jugaklah panjang dia baca..hehe..Selepas dari menunaikan solat di masjid itu, kami pun berjalan-jalan dikawasan sekitar bandar Yangon kemudian baru pulang ke hotel untuk berehat.

Setibanya di airport Yangon, Myanmar


Ustaz mendengar taklimat daripada Mr. Ali


Pekerja Central Hotel


Masjid kami menunaikan solat isya' & terawih


Tulisan orang Mynamar.Faham ke? :P


Penjual kain di tepi jalan


Roti canai pun ada


24hb Ogos 2010 (Selasa)

Seawal jam 4.00 pagi waktu Myanmar, pintu kami diketuk untuk penghantaran makanan sahur. Untuk makluman, waktu Myanmar pukul 4.00 pagi so waktu Malaysia pukul 5.30 pagi..Kita cepat sejam setengah..Selepas dari solat subuh, pukul 6.00 pagi kami bertolak menuju ke ladang kambing untuk melihat sendiri kambing-kambing disana. Alhamdulillah Mr. Ali banyak membantu kami. Setibanya kami disana, kami pun melihat sendiri kambing untuk di aqiqahkan. Kambing-kambing disini cukup besar dan sihat. Aku sendiri teruja melihat kambing-kambing disini..hehe..Selama ini aku hanya bekerja di pejabat so dapat tengok kambing. Selepas berbincang dengan tuan punya ladang iaitu Haji Abdul Rashid B. Mohd Adam, kami pun meneruskan agenda kami untuk menyembelih kambing-kambing aqiqah. Alhamdulillah 30 ekor kambing disembelih untuk diberikan kepada umat Islam disana. Selesai semua proses penyembelihan, pihak tuan punya ladang akan menguruskan untuk memberi daging-daging tersebut kepada umat Islam yang amat memerlukan sebagai juadah untuk berbuka. Pengalaman baru bagi aku apabila aku sendiri yang menyebut nama insan untuk di aqiqahkan. Rasa teruja sangat-sangat. Setelah selesai, kami pun pulang ke hotel untuk berehat. Waktu petangnya dalam pukul 2.00 petang, kami pun berjalan2 di FMI market dan juga Boycote market..Setelah berjalan selama 1 jam, kami masih tidak terjumpa lagi sebarang hadiah yang sesuai untuk dibawa balik. Yang banyak ada kedai batu-batu, kedai gambar, dan juga kedai baju baju. Kami pun dah berputus asa so bercadang nak balik. Dah on the way nak balik tu terjumpa pulak satu kedai batu-batu Jade kepunyaan orang Islam..Dan jurujualnya pandai berbahsa melayu..Lama jugakla kami duduk di situ dan adalah sedikit kenangan yang boleh dibawa pulang..Petangnya dalam pukul 5.30 petang kami bertolak ke rumah Haji Abdul Rashid untuk berbuka puasa. Rumahnya terletak ditengah-tengah bandar. Alhamdulilah juadah berbuka kami pada hari ini sangat mengiurkan. Yang paling aku minat adalah "Sate Kambing"..Sangat sedap..Setelah selesai menjamu selera kami pun pulang ke hotel. Selesai menunaikan solat kami bersiar-siar di kawasan bandar Yangon. Kemudiaan berehat.


Ustaz Azhar & Mr. Ali


Budak sekolah berkain hijau


Ni ladang kambing


Pejei dengan lembunya


Juadah berbuka kami


25hb Ogos 2010 (Rabu)

Kami bersahur macam biasa hari ini dan kami keluar daripada hotel jam 7.30 pagi untuk berjalan-jalan di kawasan bandar. Waktu urusniaga di Myanmar bermula 9.30 pagi sehingga 4.30 petang. So kami keluar awal sangat so dapatlah melihat kawsan bandar yang lengang dengan manusia. Setelah puas mengambil gambar di kawasan bandar kami pun berehat di Kaw Shan Guest House untuk surf internet. Dapat juga surf internet untuk mengupdate keadaan di Malaysia. Setelah puas berjalan kami pun pulang untuk mengemas barang. Pada pukul 2.30 petang, Ustaz Azhar on-air di radio IKIM.fm..Tepat jam 2.40 petang ustaz pun dapat memberi laporan kepada pendengar radio IKIM.fm tentang Program Prihatin Ummah yang dilaksanakan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Jam 3.30 petang kami pun bertolak ke airport untuk pulang ke Malaysia. Bila dikenang kembali terasa sedih pulak nak meninggalkan Myanmar yang cintaku mula berputik..hehe..Setibanya dia airport aku disambut oleh aswad dan cik mah..Seronoklah aku dan ustaz azhar bercerita tentang pengalaman di Mynamar dan semua itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit :P

Malaysia Boleh!!!


Tak pernah dibuat orang bergambar dengan bas.hehe.



Aku & Mr. Ali


Lepak sementara tunggu nak masuk flight


P/S : Maaflah penulisan berterabur, terlampau excited nak bercerita so main tulis je..Nak buat formal tapi penat nak fikir. So mix jelakan..Yang penting cerita tu sampai :P

Thursday, August 26, 2010

~~~Hadiah Hari Lahirku~~~

Walaupun umur dah 24 tahun tapi masih lagi nak hadiahkan..Buat malu je.hahaha.Tapi bila dapat tu memang seronok even hanya RM5.00 harganya..Yang penting ikhlas memberi..Hadiah yang aku perolehi kali ini memang aku tak sangka dapat..

Hadiah yang pertama datangnya daripada bos aku sendiri iaitu Ustaz Azhar..Dia hadiahkan aku kamera SONY ala-ala SLR..Hadiah tu masih menjadi hak milik aku selagi aku bekerja dengan dia..Kalau aku dah berhenti kerja so kenalah aku pulangkan hadiah tersebut.hehe.Aku tempoh masa tau hadiah aku ni sebab harga dia memang mahallah.

"Gambar kamera tu aku tak transfer lagi nanti aku postkan ye :)"

Hadiah yang kedua pula datangnya dari insan yang bernama Puan Marliah@Umi..Umi adalah peserta Kembara Mutiara ke Semporna,Sabah..Alhamdulillah dengan adanya kemudahan Facebook dan juga Blog aku tidak putus-putus berhubung dengannya..Dan hadiah yang Umi bagi melalui pos SkyNet..Memang aku tak sangka..Aku dan kembarku iaitu Siti Nor Fatahya dapat hadiah yang sama dari Umi..Siti ni kembar aku tapi tahun je muda setahunkan dik..hehe..Inilah hadiah pemberian Umi yng tercinta :)


Kotak bungkusan yang digunakan untuk hadiah aku..




Hadiah aku dan Siti. Aku warna hijau, Siti warna ungu..




Surat cinta daripada Umi untuk anakandanya..




Ini hadiah aku..




Macam menang anugerah pulak..hehe..


Pelbagai hadiah daripada Umi..Terima kasih sangat-sangat..Kuih tat yang Umi bagi aku tak sempat makan lagi..Kalau tak puasa confirm dah abis dah kat office tu.hehe.

Seterusnya yang turut menghulurkan bantuan untuk menyumbang hadiah pada aku adalah adikku,Nurul Atikah Bt. Zainul Abidin..Cara dia nak bagi hadiah ni lawak sikitlah..Dia curi cover kamera aku pastu dia call "Abang,cover kamera tu ada kat saya..Ada gelang saya tinggallah dalam kereta..Pusing balik".Sebelum tu aku berbuka dengan tikah..Nak bawak awal-awal dia segan so gunalah taktik tadi..haha..Lawak-lawak..So aku pun pergilah jumpa dia pastu dia pun bagi hadiah..Punyalah banyak jugak sampai bantal tak sempat nak balut :)


Dibalut dengan kemas oleh pihak kedai..hehe..




Bantal yang lembut serta kemeja kelabu yang sangat sesuai untuk aku..


Dan seterusnya adalah hadiah daripada pasangan adik beradik yang bekerja di officeku iaitu Arlinda & Kak Shima..Ini pun buat lawak jugak.Siap bagitau lagi yang hadiah dorang beli tertinggal kat tempat penyimpanan barang Giant so postpone bagi esok harinyalah..hehe..


Hadiah dari Arlin & Kak Shima..




Jam loceng & Souvenirs yang aku letakkan di atas meja..


Akhir kata,jutaan terima kasih buat insan-insan tersayang yang sanggup membelikan aku hadiah walaupun tak sepatutnya lagi dapat hadiah.hehe.JASA kalian akan aku kenang..Sekiranya ada lagi pertambahan hadiah yang aku dapat akan aku postkan kelak..Dulu aku pernak tukar hadiah dengan Kak Adah time Convest tapi kali ni tak jumpekan..Kak adah ada kekasih baru dah sekarang..haha..Gurau je kak :P

Saturday, August 21, 2010

~~~Selamat Hari Lahir Mohd Faizal B. Eshak~~~


Khas untuk diriku..


Alhamdulilah hari ni genaplah umurku 24 tahun secara rasminya..Tapi kalau ikut logik bila masuk tahun 2010 cukupla umur aku 24 tahun tapi biasalah manusiakan,nak tunggu tarikh birthday jugak baru rasa umur tu meningkat..Lumrah manusiakan =)

So untuk dijadikan bahan blog aku ni, aku nak wish untuk diri sendiri supaya diri ini bertambah semangat untuk mengharungi hidup yang penuh dengan kenikmatan duniawi serta dugaan2 untuk kebahagiaan ukhrawi nanti..Banyak ucapan-ucapan dari rakan-rakan yang aku perolehi melalui Facebook dan seronok rasanya bila ada kawan-kawan yang wish..Seolah-olah mereka ingat birthday kita (sedangkan dorang tengok kat reminder Facebook je..hehe)..Apa-apa pun ianya memberi nafas baru untuk aku meneruskan hidup ini..

Sepertimana yang selalu aku ucapkan pada sahabat-sahabat lain bila sampai birthday mereka, aku pun nak wish untuk diri-sendiri jugak.."Wahai Mohd Faizal B. Eshak..Semoga panjang umur, murah rezeki dan success dalam hidup serta mendapat keberkataan dari ALLAH"

Nak dijadikan cerita, mungkin dah jodoh ALLAH birthday aku ini sama dengan officemateku iaitu Siti Nor Fatahya Bt. Shaiful Bakhri..(gurau jela Siti..hehe)..Cumanya dia muda setahun je tapi tarikh sama 21 OGOS 1986/1987..Nanti aku akan kongsikan hadiah yang aku dapat dari bos serta rakan-rakan..Bila dah tua ni kalau dapat hadiah memang seronok sangat sebab bukan senang nak dapat hadiah..hehe..Aku akan postkan pada post yang seterusnya insya ALLAH..

MAY ALLAH BLESS ME IN THE WORLD AND HEREAFTER..AMIN!!!

Thursday, June 24, 2010

~~~Nantikan cerita kehidupanku =)~~~

Setelah melalui saat-saat yang begitu sibuk, alhamdulillah hidup aku kembali tenang..
Dengan bermulanya program orang asli bersama keluarga JASA di Kampung Tohor,Negeri Sembilan di ikuti pula dengan program "Kem Smart Quran" di UKM, Bangi bersama keluarga Syihab Resources dan akhirnya bersama program "Kembara Mutiara" ke Semporna ,Sabah bersama keluarga EZ Qurban..
Banyak pelajaran baru yang aku pelajari dan banyak lagi yang perlu aku tempuhi untuk mematangkan diriku yang masih bergelar "REMAJA"..
Insya Allah jika di izinkan Tuhan aku akan berkongsi bersama kawan-kawan semua apa yang telah aku lalui..
Cerita aku ini bukanlah best sangat tetapi sekadar perkongsian bersama anda semua..
Mudah-mudahan anda juga mempelajari sesuatu yang bermanfaat untuk anda..
Cukup sekadar mukaddimah untuk permulaan ceritaku ini..
Kita berjumpa di post yang akan datang..
Assalamualaikum..

Friday, June 04, 2010

~~~Setelah lama menyepi..hehe~~~

Susahnyala aku nak update blog aku nikan..Rasanya kena g kursus si Hilal tu baru leh tau cane cara nak mengurus blog dengan baik tapi masa tak mengizinkan..Takpela aku belasah jela..

Untuk post ini aku just nak update tentang program-program yang akan berlangsung dalam hidupku dalam masa terdekat ni..Banyak jugakla yang telah dirancang, mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar..Amin..

Esok bersamaan 5 Jun aku akan ke rumah sepupuku di Sungai Buloh kerana dia akan bernikah..Dan pada 6 Jun pula akan berlansung walimahtul urus di umah pak cik aku di Sungai Buloh jugak..Anaknya 3 orang kahwin serentak iaitu Along, Emi dengan Ekin..Confirm ramai orang datang..Pada 6 Jun jugak pada waktu petang aku akan bertolak ke UKM, Bangi untuk mengikuti program "Kem Smart Quran"..Program akan berlangsung selama 5 hari sehinggalah hari khamis..Seronok join program camni coz aku pun belajar jugak =)

Pada 11 Jun pulak aku ada meeting bersama semua urusetia Kembara Mutiara untuk finalize semua kerja-kerja program dan waktu itu juga ada rakaman untuk slot Pengembara Muslim yang akan disiarkan pada hari Ahadnya nanti..

Pada 12 Jun pula aku akan menetap di rumah kerana dipertanggungjawabkan oleh mak abah aku agar menjaga ayam itik di rumah..Sebabnya family aku semua kena g Terengganu untuk pergi merisik gadis pilihan abangku yang bernama Fared..Aku tak bolhla ikut coz tugas yang mencabar di rumah =)

Pada 14 Jun aku dah kena tolong ustaz di LCCT kerana ustaz azhar dah bergerak awal sehari untuk program "Kembara mutiara" di Semporna, Sabah..Program ini alhamdulillah aku yang in charge tapi semua keputusan still under ustaz lagi..Aku dilantik sebagai pengarah program pun last minit =)

Pada 16 Jun barulah aku bertolak secara rasminya ke Sabah..Rombongan seramai 12o orang mungkin memeningkan aku tapi aku cuba gak coz kawan-kawan di belakang aku ramai yang hebat-hebat..insya ALLAH..

Buat masa ini sampai sini sahajalah perkembangan tentang diriku..Jumpe di post yang lain..Adioz!!! =)

Tuesday, May 04, 2010

~~~Ciannya Beby Vee aku..huhu ;(~~~

Aku nak luahkan jugak kat blog aku ni..Tapi yang penting aku dapat control marah aku tadi..Gud job!!! =)

Sebenarnya camni, aku buat sewa kereta kat UIA.. Dan kereta yang aku buat sewa tu baru berumur 6 bulan.. Baru nak belajar bertatih lagi time ni..hehe..Tapi apakan daya aku nak dia cepat matang so aku sewakan jugak walaupun pada first month tu amat berat aku nak lepaskan.. Kawan-kawan aku semua cakap rugi sewakan kereta baru coz penyewa-penyewa yang budiman ni akan "LENJAN" kereta yang dorang sewa tu..Tapi apakan daya, aku ni jenis yang degil dan mementingkan kepuasan pelanggan.. Business apa yang takde risikokan dan aku teruskan juga impian aku untuk menyewakan kereta VIVA aku yang baru berumur 6 bulan =)

So far 6 bulan yang lepas aku rasa kereta aku ni just luka-luka sikit je hasil dari pemanduan penyewa-penyewa kereta aku yang berhemah ni.. Yang berani mengaku sorang je, tu pun time first-first bagi sewa dulu.. Dah lepas tu semua buat-buat tak bersalah je..hehe.. Dan selain melukakan Beby Vee aku yang masih berlatih berjalan tu, ada juga buat-buat diam bila dorang disaman.. Bengang jugaklah tapi aku redho je =) Kalau tak redho memang aku cari sampai lubang cacing siapa yang kena saman tu.. Time nak check result punyalah macho@coolnya aku tunggu tapi last-last ada compound yang tak dibayar.. Setahu aku setiap kali aku kena saman (memang banyak pun 18 kali tu..hehehe) aku mesti terus g kat pak guard buat appeal.. Dapatlah murah sikit dari membazir bayar banyak-banyak kat pak guardkan.. Tapi dorang ni buat diam je..Panas je =P

Tapi hari ini dalam sejarah beby aku tu mengalami sakit yang agak teruk..Ala-ala demam denggi gakla..Pukul 8 pagi tadi aku baru je nak start landing jap tiba-tiba dapat mesej..Dengan sebaknya aku membaca bahawa kereta aku excident.. Budak yang sewa semalam tu buat.. Aku buat-buat cool coz nak tidur so aku pesan kat my employee suruh jumpa tengahari nanti.. Aku malas nak pikir coz nanti pikir bukan-bukan..Tapi terbayang jugak yang kereta aku tu mesti teruk gila.. Dahlah macam tin biskut kosong, kalau excident confirm remuk abisla..huhu ;(

Aku g keje macam biasa..Tak pikir pun pasal excident tadi coz tak nak bebankan otak yang penat ni.. Dengan semalamnya tak cukup tidur coz main game Cafe World..hahaha.. Setelah selesai semua kerja aku di office barulah aku g UIA untuk tengok keadaan Beby Vee aku tu.. Dalam perjalanan macam-macam aku terpikir tapi aku tarik nafas nak legakan diri aku.. Dah jumpa Pokjat iaitu my employee so aku pun glah tengok kereta aku.. First tengok aku terus bersyukur coz tak remuk pun.. Alhamdulillah.. Lega aku rasa..Tengok dekat-dekat memang banyakla luka-luka kat badan Beby Vee aku tu..Yang penting redho je.. =) Tayar dengan sportrim aku calar teruk tapi takpe coz Beby aku meamang dalam proses pematangan =P

Dalam 10 minit pas tu baru budak yang melukakan kereta aku tu datang.. Aku buat selamba je coz tak nak dia takut.. Sembang-sembang okla coz dia pun nak cover semuakan.. Lega dalam hiba aku rasa..huhu.. Setelah disoal siasat puncanya adalah apabila dia ngantuk time drive..Dia terlena 1 ke 2 saat je pastu sedar-sedar dah naik divider.. Rosak arm kereta aku..Bersyukur sangat-sangat aku..Esok aku akan try d pusat service keret perodua untuk bertanyakan maklumat tentang ubat-ubat yang sesuai untuk demam denggi yang Beby Vee aku alami =P

Fuh!!!Lega dapat bercerita disini..Semoga anda semua terhibur dengan bebelan saya ini..hahahaha..
Sekian terima kasih =)

Tuesday, January 26, 2010

~~~Permata Pak Teh~~~

-Situasi pertama-


Pukul 10.00 malam..

'Pak teh..nak main game..yusri da lama tak main game'

Itulah ayat yang biasa dia gunakan untuk mendapat kebenaran aku bermain game walaupun kejap tadi dia baru je main game kat laptop pak usunya..

'Pak teh nak sembahyang jap (solat isya')..pasni baru bole main ye..jawabku..
'Pas pah tek semayang yusri main ye'..
'Ok'

Lepas je aku abis solat dia pun terus masuk bilik aku dan berkata :

'Pak teh da semayangkan, bagila yusri main game'..dia meminta..
'Yus dah sembahyang tak tadi?'..aku menukar tajuk perbualan..
'Dah..dengan atok'..jawabnya selamba..
'Sembahyang apa dengan atok?'
'Yusri semayang subuh dengan atok'

Nampak sangat bohong aku budak ni..
Tapi takpe aku layan je..

'Yus ngaji tak tadi dengan nenek?'
'Tak ngaji pun..nenek g masjid'
'Patutlah nenek takde..nenek g masjid rupanya..kerja rumah da siap?'
'Cane nak buat nenek takde'..dengan yakin dia menjawab..

Aku pun terdiam sebentar..
Dalam fikiran aku nak je bagi dia main game..
Tapi tiba-tiba dia cakap:

'Pak teh..nak buat kerja rumahla'

Aik..rajin pulak dia ni..hehe..

'G amek buku sekolah..pak teh teman yusri buat keje'
'ok!'

Aku pun menemani yusri membuat kerja sekolahnya sebanyak 2 muka surat..
Setengah jam jugakla aku teman dia buat kerja..
Da settle buat kerja rumah baru aku bagi dia main game..

-Situasi kedua-


Pukul 7.40 malam..
Aku nak menunaikan solat maghrib..

'Adik kuar jap..pak teh nak solat'
'ok'

Aku pun meneruskan solatku..
Tiba-tiba adik masuk bilik aku..
Sambil ditangannya aku terlihat ada telekung..
Aku memang tak boleh nak mengelak sebab adik lalu dihadapan aku..

'Pak teh..pakaikan'..adik meminta tolong..

Cane ni..aku da pun solat detik hatiku..
Takkan nak batalkan..
Aku teruskan solatku..

Dalam masa yang sama aku tengokla cane adik berusaha untuk memakai telekungnya..
Mula-mula dia pakai terbalik..

'Tolongla pak teh'..sambil adik menarik kainku..

Aku tetap meneruskan solatku sambil berdoa didalam hati agar dia tau cara nak memakai telekung tu..
Bangun je dari sujud aku tengok adik dah pun memakai telekungnya..
Lega aku tengok..

Abis je aku menunaikan solat aku ajar adik rukuk, sujud dan duduk tahiyat akhir..
Selepas dia memberi salam terus dia buka telekung dia..
Selepas tu dia berlari ke luar.

'Adik da semayang dengan pak teh'..jerit adik kepada abangnya..

2 minit selepas itu adik datang lagi ke bilikku..

'duduk sini dik..kita doa dulu'

adik pun mengaminkan doa-doa yang aku baca..

Pengajaran dari ceritaku ini:


Bagi sesiapa yang sudah pun mempunyai anak termasuk anak buah sekalipun maka ajarlah mereka kewajiban sebagai seorang Islam..
Ajarkan mereka solat, mengaji dan sebagainya..
Walaupun ibu bapa mereka dah menghantar mereka ke tadika untuk belajar tapi ulangkaji balik bersama mereka agar mereka tidak lupa..
Walaupun mereka tak suka belajar tapi gunakan paksaan agar itu menjadi rutin harian dalam hidup mereka..
Hidup mereka hanya untuk makan, main dan tidur..
Itulah otak mereka mampu berfikir ketika di usia semuda itu..

"Anak-anak ibarat kain putih..Ibu bapalah yang mencorakkan mereka samaada dengan warna putih, hitam atau pun pelangi"

~~~Al-Fatihah~~~

"Setiap diri pasti akan merasai Mati"


Itulah salah satu ayat di dalam Al-Quran yang pastinya ramai orang akan ingat apabila berkata tentang mati.

Tanpaku duga mesej yang aku baca ketika mana aku berada di dalam bas dalam perjalanan menuju ke Melaka untuk program mengejutkan aku..

"Salam..Onn ICT kemalangan maut pagi tadi on the way ke Raub..Sedekahkan Al-fatihah untuk arwah"


Terkejut aku sebentar dan termenung aku sementara..
Arwahyarham Tengku Onn adalah salah seorang sahabat yang agak rapat denganku..
Dulu kami pernah melalui zaman perniagaan bersama selama setahun dan juga bermain bola sepak bersama-sama..
Kini beliau sudah tiada lagi di dunia..
Betul-betul menginsafkan aku sehinggakan ke saat ini..

Aku doakan agar roh beliau dicucri Rahmat Ilahi dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman..AMIN!

Sekadar renungan untuk semua..


Ingatlah bahawa hidup kita ini hanyalah sementara..
Di ibaratkan seperti "ketika mana kita dilahirkan, kita diazankan..ketika mana kita dikebumikan, kita akan di solatkan.. Seolah-olah hidup ini hanyalah waktu yang singkat antara selepas azan dan solat sahaja"
Cukup singkat..
Ingatlah juga bahawa setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini akan di tanya di akhirat kelak walaupun sebesar zarah..
Wallahua'lam..

"Ya ALLAH..
Matikanlah aku dalam keadaan mati yang baik.
Dan janganlah Kau matikan ke atasku dalam keadaan yang buruk"

Thursday, November 19, 2009

~~~Hadiah-hadiah untuk orang yangku amat sayang~~~



19hb November 2009 genaplah abahku mencecah umur 64 tahun..
Buat julung-julung kalinya juga aku membeli hadiah khas untuk abahku yang happy go lucky ni..
Hidupnya kini tertumpu kepada sayur-sayuran yang beliau jaga..
Disamping itu beliau menjaga ayam dan itik yang sangat comel dan juga menjaga cucu-cucunya yang hyperactive =)

Apa-apa pun i'm very proud with him because i will not forget the common advise that he will say when i to go anywhere.."JANGAN LUPA SOLAT TAU!!"..
Itulah abahku yang bernama Eshak bin Buyong bin Malim Semporna..

Ini adalah hadiah yang tidak seberapa khas buat abahku..
Moga-moga abahku dapat memakainya semasa pergi kemana-mana majlis..

~~Murah Sahaja..~~


~~Belilah Barangan Buatan MALAYSIA..~~


~~Jeng..Jeng..Jeng..~~


Tidak lupa juga buat makku yang amat aku kasihi..
Time birthday makku, aku tidak sempat untuk membelikan hadiah buatnya so aku belikan sekali buat makku juga kali ini..
Trademark untuk makku pulak adalah "BAWAK MOTOR/KERETA ELOK-ELOK TAU..JANGAN LUPA MENGAJI"..
Tanggungjawabnya yang banyak terarah kepada masjid kadang-kadang buat beliau sibuk sedikit tapi beliau tetap memasak untuk keluarga kami..Yang paling aku terharu adlah makku sanggup menjaga mak mertuanya sedangkan anak-anak kepada mak mertuanya (nenek aku) agak susah untuk menjaga nenekku..
Dulu, nenek amat susah untuk menginap di rumahku tapi kini beliau secara sukarela untuk menginap di rumahku..
Itulah makku yang bernama Norhayati binti Tengku Sutan@Haji Maaruf bin Sendera Kaya..

Ini pula adalah hadiah buat makku yang tersayang..
Memang temaku kali ini untuk membelikan kasut buat ibu bapaku..
Mudah-mudahan makku suka akan apa yang aku belikan..

~~Cantikkan???..~~


~~Kotak pun cantik..~~


~~Khas buat Mak..~~


Tapi yang malangnya hadiah-hadiah tersebut bukanlah dibuka oleh mak dan abahku tapi anak-anak buahku yang semangat nak tengok hadiah apa yang aku bagi =)

Happy Birthday My Dad!!!


Sunday, November 15, 2009

~~~Assalamualaikum kawan-kawanku sayang..~~~

Wah..Lamanya aku tak menulis di blog aku..Rasa janggal pulak nak bercerita..Manalah tau orang dah tak nak baca lagi blog aku ni..Dah sedekad tak di'update'..hehehe..

Apa-apa pun ianya tidak melemahkan semangat aku untuk tetap bercerita tentang apa-apa jua pengalaman yang aku perolehi untuk kalian semua..Semoga ada sedikit ikhtibar yang kalian dapat perolehi..Insya ALLAH..

Ini adalah cerita terbaru aku untuk hari ini.

Siang tadi aku baru sahaja menjawab exam aku untuk paper yang ke-4 iaitu paper Consumer Behavior.Ada 2 paper lagi untuk aku tamatkan exam aku untuk semester ini.Biasanya aku akan menjawab exam aku sehinggalah masa tamat tapi tidak pada paper ini kerana hari ini juga ada sahabat aku yang akan menglangsungkan walimah urus..Oleh itu aku begitu semangat untuk menghadiri majlis tersebut =)

Alhamdulillah hari ini tercatat dalam sejarah SMIP (sekolah kesayanganku)dua orang pelajar SMIP melangsungkan perkahwinan..Mereka adalah saudari Siti Fauziah Bt. Miskan bersama saudara Iskandar..Mereka bercinta tak silap aku setelah tamat bersekolah di SMIP..sampai ke jinjang pelamin jugak cinta mereka ini..alhamdulillah..

Insya ALLAH minggu depan pula sahabat aku juga akan berkahwin..Kedua-dua mempelai juga merupakan pelajar SMIP dan juga kawan rapat aku iaitu saudara Hanafi B. Norza bersama saudari Fizura Bt. Zainal Abidin..Cinta mereka ini juga bermula dari tamatnya persekolahan..

Ada dikalangan sahabat-sahabat yang datang bertanya:

"Jei..ko bila lagi?"..

Dengan selamba aku menjawab:

"Kalau ikutkan hati aku nak je aku kahwin esok tapi tak sampai seru lagila" sambil aku tergelak..

Insya ALLAH jodoh itu ditangan TUHAN dan ada jodoh kita dengan seseorang Tuhan akan makbulkan =)

Insya ALLAH =)

Monday, September 07, 2009

Kenapa aku perlu menulis BLOG???


~~Gambar Hiasan~~
(..Sewaktu sedang study bukan menulis blog ye..)


Inilah soalan yang selalu aku fikirkan..Kenapa aku perlu menulis blog???

Mungkin ada yang mengatakan bahawa blog ini untuk tujuan berdakwah sepertimana yang dilakukan oleh ustaz,ustazah,lecture,para bijak pandai dan sebagainya..

Aku pun tidak lari dari tujuan tersebut tetapi aku merasakan bahawa ilmuku tidak cukup untuk sampai menyampaikan dakwah kepada orang lain..Jahilnya rasanya diriku ini berbanding orang lain yang lagi alim dariku..

Bila aku fikir-fikirkan kembali barulah aku mendapat jawapannya..aku menulis adalah untuk berkongsikan pengalaman hidupku yang setahun jagung ini for "my future" dan sebagai record..Apakah yang aku maksudkan dengan "future" aku itu???

Ada benarnya apa yang salah seorang sahabatku berkata "Nanti kita mati siapalah yang ingat kat kitakan if takde something yang ditinggalkan"..Kalau nak diikutkan aku ni taklah hebat..Orang pun tak pandang coz aku bukan siapa-siapa(macam dalam lagu band indonesia)..Kalaulah aku ini orang yang alim or berpangkat tinggi bolehla orang ingat..So aku berpendapat bahawa blog nilah yang akan aku wariskan kepada generasi masa akan datang..Dunia dah semakin maju dengan teknologi dah semakin canggih..If aku tulis sejarah hidupku dalam diary takut hilang so mempunyai blog sendiri cukup baik dah.Cukup untuk aku belajar menulis demi kebaikn masa hadapan generasi akan datang..Tak perlu menulis yang personal-personal just pengalaman hidup yang boleh orang ambil ikhtibar..Itulah pendapat aku personally..setiap orang ada pendapat masing-masing so takde yang salahkan???

One more reason kenapa aku menulis blog adalah untuk merekodkan apa yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku..Adakah aku gunakan usia aku ini sebaik mungkin atau hanya membazirkan dengan melakukan perkara-perkara yang lagho???sebagai contoh baru je minggu lepas aku pergi ke Pos Tohoi, Gua Musang di Kelantan..Dan aku melalui minggu yang agak bz dengan mid term exam dan juga assignment..if aku tak merekodkan semua tu mesti aku dah lupakan semua itu dengan mudahnya..Tidak dinamakan insan itu melainkan dia itu pelupa dan sebaik-baik ingatan adalah pada tulisan yang kabur (macam salah je pepatah aku ni..hehehe)..Because of that aku kembali menulis blog aku ini..Yeeeeaaaa!!!Hidup peja,pejei,faizal..

Biaq pilah orang cakap "macam perempuan je tulis blog" tapi takpela,kalau aku tak tulis nanti korang jugak sibuk nak baca blog akukan..hehehe..Perasan betul aku ni..
Hidup mesti diteruskan semoga kita mendapat rahmat dari-Nya..Amin!!!

"Semoga usahaku yang kecil ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada orang lain"

Sunday, July 12, 2009

"Hasratku tak kesampaian"

"10 biji durian!!!"itulah target aku ketika diajak oleh bosku untuk pulang ke Temerloh..iaitu kampung halaman bosku yang mempunyai banyak pokok durian..memang dah lama sangat aku nantikan saat ini sebab pokok durian di dusunku baru je berbunga..nak tunggu berbuah memang abislah air liur aku ini mengalir keluar..hehe..

Dengan azam yang tinggi aku memandu laju kereta bosku menuju ke Temerloh..dalam masa 2 jam setengah kami sampai di Jenderak..destinasi kami telah bertukar kerana wife bosku bagitau yang durian di rumahnya tak nak gugur-gugur..teramatla kecewa lah aku mendengar dan kami lantas menukar ke "PLAN B" iaitu menuju ke rumah mak cik bosku..

Sampai je rumah itu aku macam biasalah akan buat malu-malu dulu supaya bosku akan memulakan langkah pertama..Selesai je bosku menyapa mak ciknya barulah aku mulakan langkah sumbangku.memang tak kenallah mak cik itu sebab bukan mak cik aku tapi durian tu aku bayangkan macam durian dusunku..hahaha..

Inilah durian pertama yang telah aku rabakkan..isi dia memang perfect..MARVELOUS!!!!





Kemudia yang kedua pulak..yang aku bengangnya duriannya makin sedap dan makin rancaklah aku untuk menjamahnya..hahaha..



Tengok bos aku, walaupun ada penyakit "gaut" tapi beliau tetap tabah menjamah durian ini..memang cari nahas betul..hahaha..



Dan ini yang ketiga..Isi warna kuning membuatkan aku mabuk durian..rasanya nikmat sangat-sangat..langsung tak sama dengan durian yang dijual di tepi-tepi jalan..







Niatku untuk meneruskan ke durian yang ke-4 terbantut kerana perutku sudah kembung..Memang tak boleh sumbat lagi dah..Dan ini berterusan hinggalah ke malam..huhu..Sakitnya perut aku =(

Bosku mencadangkan agar kami segera mendapatkan "ENO" kerana ada orang-orang kampung bagi petua begitu..kami pun bergegaslah mencari "ENO" yang dimaksudkan di R&R Termerloh..

Alangkah selesanya perutku selepas meminum "ENO" berperisa halia tersebut..memang lega sangat-sangat..Tapi aku tetap kecewa kerana hasratku untuk menghabiskan 10 biji durian tidak tercapai..

"MISSION INCOMPLETE!!!!"

Tuesday, July 07, 2009

"Impianku.."

Semua orang mempunyai impian tak kira kanak-kanak sehinggalah yang sudah berumur..Impian merangkumi segala aspek dalam hidup manusia contohnya kehidupan, kerjaya, keagamaan dan sebagainya..Samalah seperti aku yang mempunyai banyak impian yang baru aku impikan..Masih terawang-awangan di minda aku lagi..Kalau sebelum ini aku tak berapa jelas ke mana hala tuju aku kelak tetapi sejak meningkat dewasa ini barulah aku sedar segala-galanya..Aku pernah terbaca dalam satu article mengatakan "Impian itulah mengarahkan hala tuju seseorang kerana itulah yang mereka ingin gapai dimasa akan datang"..Sebab itulah kalau sesiapa yang bersungguh-sungguh dalam kerja yang dia lakukan mean that dia nak capai impian dia tapi kalau orang itu just go throuh life dia tanpa ada sebarang effort so mean orang itu tiada impian..

Panjang betul muqaddimah akukan..hehe..Kini aku nak senaraikan impian-impian aku..Yang pertama adalah aku impikan untuk graduate daripada IIUM dengan pointer 3.5..Aku tak tau macam mana nak kira pointer tapi sekarang ini pointer aku tak sampai tahap itu lagilah..Sebab itu aku nak capai impian aku but it no far away from me..hehe..CAIYOK2!!



Selepas graduate daripada IIUM tercinta semestinya aku ingin mencari pekerjaan untuk menampung hidup aku..Aku impikan untuk menjadi usahawan yang berjaya..Usahawan apa yang aku nak jadi itu aku belum decide lagi because sekarang ni pelbagai benda boleh dijadikan business..Masih lagi dalam pencarian..



Alhamdulilah aku memang dalam landasan yang betul kerana bidang yang aku ikuti di IIUM adalah Business Administration..Dan sekarang ini juga aku baru sahaja lepas buat practical training..Memang itu semua memberikan aku support untuk aku mneggapai impian aku ini.Terima kasih kepada ustaz azhar kerana banyak berkongsi idea dengan aku...

Sekiranya aku tidak dapat menjadi usahawan, aku bercita-cita untuk menjadi seorang guru..Mereka dibawah inilah yang menjadi idola aku selama ini..







Setelah mendapat pekerjaan dengan memperolehi pendapatan yang lumayan, matlamat aku seterusnya untuk memiliki aset sendiri..sekarang ini aku sudah pun memiliki sebuah motorsikal dan sebuah kereta tetapi milik PARENT aku..Aku nak perolehi aset hasil titik peluh aku sendiri..Aku ingin memiliki kereta BWM..



Sekiranya tak dapat next choice adalah kereta HONDA..



If tak dapat jugat itu tandanya aku kena beli kereta buatan Malaysialah..Kereta yang aku pilih adalah kereta SATRIA NEO..



Lepas beli kereta aku nak memiliki rumah pulak..Sekarang ini parent aku ada rumah sewa tapi aku tak nak duduk situ..kalau boleh nak duduk jauh sikit dari parent..Dari kecik samapi ke besar asyik berkepit dengan parent aku so lepas kahwin aku nak duduk jauh sikit..Negeri yang aku nak pilih adalah negeri KELANTAN..GOCHO ELATE GOCHO!!!..hehe..Lagi kos sara hidup dekat sana rendah berbanding bandar kuala lumpur..Yang lagi penting adalah negeri itu ada keberkatan..



Inilah gambar rumah impian aku..Wajib ada swimming pool kat depan rumah aku sebabnya aku nak belajar swimming.Dari dulu aku belajar tak pandai-pandai jugak..Kena ada gadis-gadis ajar akulah..haha..



Setelah dapat semua itu barulah aku berfikir untuk berkahwin..Alhamdulilah calon dah ada so doa-doakanlah semoga jodoh kami dipanjangkan.amin!!Guess who???Adalah..hehe..



Selepas kahwin pastinya anak-anak adalah impianku..Aku sukakan budak-budak so tak menjadi masalah kalau dapat anak ramai..Jumlah anak itu tak menjadi masalah kepada aku tapi hasrat aku untuk mendapat anak sedozan memang ada dari dulu lagi..hehe..Nak buat satu team football terus dan aku jadi coach like Alex Ferguson or Jose Mourinho..

Sampai situ sahajalah impian aku bUat masa ini, kalau ada lagi nanti aku kongsikan..

ANDA PULA BAGAIMANA???