Ceritera Insan Biasa

Sedikit coretan yang ingin aku kongsikan bersama..

Tuesday, May 18, 2010

~~~Selamat Hari Guru..~~~

Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku

Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu

Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi

Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku


Sedar tak sedar dah setahun aku dengan blog aku ni..Tak silap aku post aku yang paling awal adalah tentang hari guru juga..Walaupun hari guru telah disambut 3 hari yang lepas tapi aku tetap nak post jugak kerana mereka amat bermakna bagi aku..

Ucapan "Selamat Hari Guru" ini aku tujukan khas buat ibu bapaku kerana merekalah guru aku sejak dari aku lahir lagi..Thank you mak abah kerana mendidik anakmu ini dengan baik..I Love both of U so much =)

Yang keduanya kepada guru tadika aku ketika di tadika ABIM..Yang ketiga guruku ketika di SKTTDI 2..Seterusnya kepada guru aku ketika aku menuntut di COSMOPOINT..Tidak lupa juga buat guru kelas memanduku..Tak silap aku dia ada bau-bau bacang dengan aku..

Yang amat teristimewa buat ustaz-ustazahku ketika di SMIP..Rasanya aku mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan mereka semua..Nostalgia bersama kalian menjadi panduan ketika aku dewasa ini..Terima kasih sangat-sangat..

Dan terakhirnya buat lecturer-lecturerku yang banyak membimbing aku ketika aku di menara gading yang bernama UIAM..

Juga jutaan terima kasih buat sesiapa sahaja yang menjadi guruku secara tidak langsung..Bak kata Saidina Ali : Barangsiapa yang mengajarkanku sepatah ayat sekalipun maka dia adalah guruku..So JASA kalian amat aku kenang sampai bila-bila..Mudah-mudahan ilmu yang kalian curahkan mendapat syafaat ketika di dalam kubur nanti..

Dan ketika aku pergi mengajar di sebuah sekolah di Sungai Buloh tadi, anak-anak muridku bersalaman dan mengucapkan kepadaku "Selamat Hari Guru Cikgu Faizal"..Terharunya aku mendengar walaupun hanyalah ucapan sahaja..

Itulah nikmat menjadi seorang guru..Sanggup membakar dirinya untuk menerangi orang lain..