Ceritera Insan Biasa

Sedikit coretan yang ingin aku kongsikan bersama..

Wednesday, March 31, 2010

~~~Maafkan saya ustaz@bos~~~

Hari ini (Rabu@31 Mac 2009), aku saja je pergi office EZ Qurban lambat coz nak basuh baju yang bertimbun kat bilik aku..Dah settle kerja aku barulah aku bertolak pergi ke office..Sampai je office, ustaz panggil aku duduk kejap kat bilik dia..Ustaz nak melantik aku untuk menjadi Pengarah Program untuk "Kembara Mutiara" yang akan diadakan di Semporna pada bulan Jun ini..

Aku dengan selamba je menerima tugas itu..Sebabnya aku da ada pengalaman menjadi Pengarah Program dahulu so kira berkeyakinanlah..Tiba-tiba ustaz bagitau yang malam ini kena on-air di radio IKIM untuk hebahan tentang program..TUUUUPPP!!!Jantung aku mula berdebar-debar..Ini yang aku malas ini..hahahaha..Aku paling tak suka kalau benda-benda yang formal ni..Aku pun terpikir boleh ke aku buat ini..Bila dah pikir masak-masak aku tetap dengan pendirian aku tak nak on-air dengan ustaz malam ini..huhu..

Ini berdasarkan pengalaman aku kerana aku paling lemah bab-bab bercakap secara formal ni..Aku pernah jadi MC tapi ntah apa-apa ntah aku cakap..Aku pernah present untuk subjek English..Itu pun hancur jugak..so aku decide nak berlatih bercakap dulu baru aku boleh bercakap dengan baik..Konon-kononnyalah..hahaha..

Tolak punya tolak akhirnya berjaya jugak aku memujuk ustaz..YES!!!!..Tapi aku kena jugaklah ikut ustaz pergi IKIM..Kalau dia buat magic suruh aku cakap memang aku tak cakap..Aku lari keluar je..hahaha..

Tapi yang sedihnya aku kena cancel game friendly futsal aku dengan Janny..Punyalah lama aku setting tengok-tengok kena cancel..Sorry bro..

Apa-apa pun aku rasa bertuah coz ustaz percaya kat aku untuk menjadi Pengarah Program..Aku akan tunjukkan kebolehan aku yng sebenar =)

~~~Kisah Benar Lagi~~~


Kisah ni benar-benar terjadi..Takut sangat-sangat..Patutlah penjara tu macam menyeramkan..huh!!!!!

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu..Hanya boleh disebarkan pada orang-orang tertentu sahaja..Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'BILIK TERAKHIR'..Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup..Dinamakan 'BILIK TERAKHIR' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.


Di 'BILIK TERAKHIR' inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka..Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung..


Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'BILIK TERAKHIR' itu..Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 1:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu..Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah 'BILIK TERAKHIR' itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri 'BILIK TERAKHIR' itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua..Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ' HEHEHEHEHEHEHEHE........ ......... ..... terima kasih kerana dengan kusyuknya anda membaca........ =)

P/S :- Saya pun terkena..So apa salahnya saya postkan kat sini..hahahahahaha..

Tuesday, March 30, 2010

~~Memori di akhir semester..~~~

Nak akhir-akhir semester aku di UIA nilah baru aku berpeluang untuk merasai pengalaman sebegini..Kita merancang Allah merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik..Kisahnya begini..

29hb mac 2010 bersamaan hari isnin merupakan hari pertama aku akan menduduki exam Bank Management..Aku memang duduk rumah so kenalah bertolak dari rumah awal untuk sampai ke UIA..Kalau ikutkan perancangan aku,pukul 1 p.m aku bertolak then dalam pukul 1.30 p.m aku dah sampai UIA dah..So sempatlah solat dulu kat surau econ and then reviselah sikit-sikit..

Maka aku pun bertolaklah menaiki motorsikal KRISS aku yang agak "SEASON" tu..Kalau ikutkan perancangan aku lepas exam aku nak pergi tukar tayar motor sebabnya tayar daH botak..Siap ade gelembung-gelembung lagi..Tunggu masa jela nak bocor..

Aku pun menunggang motorsikalku dengan penuh cermat..Sampai je di area taman layang-layang tiba-tiba hujan turun..Aku memang dah serik nak basah-basah ni so aku tak jadilah nak redah hujan..Aku pun stop kat Petronas berhadapan taman layang-layang..Masa menunjukkan pukul 1.20 p.m,aku masuk ke dalam surau untuk solat dan sempatlah revise kejap note-note Bank Management..]

Jam menunjukkan 1.50 p.m,aku pun bertolak menuju ke UIA kerana hujan sudah pun berhenti..Tengah syok-syok bawak motor tiba-tiba aku rasa lain macam je condition motor aku ni..Tiba-tiba ke kiri ke kanan..SUDAH!!!Tayar pulak dah bocor..Aku pun senyum jela time tu..Dan-dan time ni pulak nak bocor..hehehe..Time tu betul-betul depan tangga Batu Caves..Aku gagahkan diri dengan motor aku untuk menuju ke UIA yang tercinta..Dan sampai je kat area Up Town Sri Gombak tu aku pun stop tepi jalan..Kesian motor aku ini kena paksa jugak berjalan..Waktu tu dah pun pukul 2.00 p.m.

Aku park motor aku kat situ then cari jalan macam mana nak sampai UIA ni???Aku nak tahan teksi tapi takde yang lalu..So aku pun calllah officemate aku, Siti Fatahya nak mintak tolong hantarkan pergi UIA..Namun hasilnya gagal..Bukan Siti yang angkat phone tu tapi adiknya, Pqa yang baru darjah tiga..Time-time nilah pulak dia nak buat lawak..huhu..Dia gelak je time aku call tu..Mana tak tensiun aku..Aku pun letak phone pastu terus call Baim..Aku rasa dia boleh tolong..Dah dapat call pastu dia cakap pulak road-tax motornya mati.Aduyai.Aku siap bagi warranty lagi kalau kena saman aku bayar saman ko..hahaha..Punyalah terdesak time tu..Tunggu punya tunggu 1.15 p.m baru Baim sampai kat tempat aku tu..Dia pulak boleh nak isi minyak dulu..Dalam hati ini hanya aku je yang tau betapa risaunya aku..huhuhu..

Dah sampai je kat Econ Department aku terus berlari pergi LT1..Masuk-masuk je semua da start exam..Aku tengok jam tepat-tepat pukul 2.30 p.m..Alhamdulillah sempat aku sampai..Tempat yang kosong time tu adalah tempat depan sekali..Aku pun duduklah rehatkan diri dulu..Dengan baju yang basah-basah kena hujan tadi sejuk jugaklah duduk dalam LT1 tu aku jawab je exam..

Aku habis jawab exam pukul 4.30 p.m,ikutkan 3 jam tapi tak tau nape cepat sangat aku jawab..Aku tengok semua orang tunduk menulis lagi..Risau pulak aku..Aku nak tukar jawapan memang tak tau nak buat apa dah..Nak kuar tapi takde orang yang kuar pun so aku pun conteng-contengla kertas soalan untuk memenuhi masa yang terluang..Ada 2 je andaian yang boleh aku buat..Samaada aku jawab betul or aku jawab salah..hahaha..Apa-apa pun tawakal jelah sebabnya aku dah usaha =)

Itulah peristiwa yang melucukan bagi aku..Dulu time 1st year 2nd year tak nak pulak jadi..Sekarang baru dapat rasa..hahaha..Seronok gila =)

Aku rasa takde pun sepatah sumpah seranah yang kuar dalam mulut aku dan aku berfikiran positif..thank you to my teacher =)

Pas maghrib tu aku mintak tolong Afiq Omar hantar aku kat tempat kejadian pagi tadi..Alhamdulillah kedai motor tak tutup lagi so sempatlah repair..Aku sampai di rumah aku dengan keadan yang selamat =)

If anything happen to us, let it be (Redhoilah peristiwa itu..Barulah kita tak terlampau fikirkan tentangnya =)

Saturday, March 06, 2010

~~~4 Parachute 5 Penumpang..~~~

Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal
terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak
terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute
kecemasan hanya ada 4.

Berkatalah penumpang pertama:-

"Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, mcmmana nanti Malaysia nak menang All England lagi?". Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pulak berkata:-

"Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President". Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.

Penumpang ketiga menyampuk:-

"Ahh... aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula, akulah President yg terpandai dlm sejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?". Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima seorang budak berumur 10 tahun:-

"Saya seorang Muslim dan saya berserah kpd ALLAH utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachute
utk pakcik. President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg
sekolah saya!!!"