Ceritera Insan Biasa

Sedikit coretan yang ingin aku kongsikan bersama..

Wednesday, July 28, 2010

~~~Terkedu apabila membaca~~~

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Macam inilah rupa budak yang comel tu =)


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".."Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah" .

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. " Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang..

P/S : Jutaan terima kasih kerana Nor Aishah/shah_mael89@yahoo.com kerana sudi berkongsi email yang bermanfaat ini :)

Wednesday, July 21, 2010

~~~Ketika kemiskinan dan masalah menimpa~~~

Sekarang cuba anda jawab pertanyaan berikut ini :-


-->Mungkinkah guru memberikan ujian kepada anak didiknya tanpa menyiapkan jawapannya?
-->Mungkinkah guru memberikan ujian tanpa mempersiapkan anak didiknya?
-->Mungkinkah guru memberikan ujian anak SMA (menengah) kepada anak SD (rendah)?
-->Mungkinkah guru tidak meluluskan anak didiknya yang mampu menjawab ujian?


Guru saja begitu, apalagi Allah :-


-->Mana mungkin Allah memberikan masalah kepada anda tanpa menyiapkan solusinya!!!
-->Mana mungkin Allah memberikan masalah tanpa mempersiapkan anda terlebih dahulu!!!
-->Mana mungkin Allah memberikan masalah yang anda tidak mampu mengatasinya!!!
-->Mana mungkin Allah tidak mengangkat darjat anda ketika anda mampu mengatasinya!!!

Jadi tetaplah optimis!!!
Right?


Ippho Santosa
Penulis Mega-Bestseller, Penerima MURI Award, Pembicara di Indonesia & Singapura, Pemilik TK Khalifah


Petikan ini aku ambil dari INBOX dari Facebookku yang telah dihantar oleh GROUP "Never Ending Tarbiyyah"..Sebuah group yang bermanfaat untuk tatapan kita..

Petikan yang simple tapi menarik untuk dikongsikan bersama..Kita manusia memang selalu ditimpa musibah dan masalah dan kadang-kadang kita rasa kitalah insan paling malang dalam dunia ini..Tetapi kita tidak sedar yang orang lain mengalami masalah yang lagi teruk berbanding kita..Dan aku sendiri kadang-kadang merasakan benda yang sama..

Oleh itu, kita kena yakinlah kepada Yang ESA bahawa setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan sama ada dalam jangka masa yang terdekat atau pun jauh. Untuk kita mendapat jalan penyelesaian terpulang kepada ALLAH untuk memberi. Yang penting kita jangan berputus asa kepada ALLAH kerana kepada siapa lagi kita hendak mengharap selain daripada DIA..

Dan sebagai peringatan kepada sahabat-sahabat sekalian dan juga buat diriku yang lemah ini, berDOAlah kepada ALLAH kepada DOA adalah senjata bagi orang muslim..


Tuesday, July 20, 2010

~~~Inilah office tempat aku bekerja~~~

Seronok pulak nak berblog sekarang ni..hehe..Sekarang ni aku nak cerita pasal office tempat aku bekerja iaitu EZ Qurban SDN. BHD..Aku tak nak cerita panjang tapi aku just nak tunjukkan gambar-gambar di office aku..

Ini signboard syarikat di luar pejabat..



Ini pula signboard sebelum naik tangga ke office aku..



Ini pula pintu masuk office kesayanganku..Ada banting pasal syarikat..Tapi signboard kat pintu tu dah usang dah..Tak tau bila nak ganti..hehe..



Bahagian pertama yang akan dilihat apabila masuk office aku adalah bahagian dapur..hehe..Dapur yang sangat cantik dan penuh dengan makanan..Itu yang berat aku makin bertambah tu..haha..



Selepas daripada dapur@pantry tu anda semua akan dapat melihat banting syarikat dan juga banting program prihatin ummah..Kemudian barulah berjumpa dengan bilik solat kami..Ini juga tempat aku dan rakan-rakan meluangkan masa untuk ber"tafakur"..haha..





Inilah surrounding officeku yang sangat tenang dan damai..hehe..Pekerjanya hanya 3orang dan BOS seorang sahaja..






Yang ini officemateku yang konon2 pemalula..hehe..Namanya Siti Nor Fatahya Bt. Shaiful Bakhri..Macam mana aku boleh ingat nama penuh dia?Sebabnya aku selalu sangat tulis nama dia untuk payment gaji dan KWSP..hehe..Kalau mood dia baik confirm dia senyum je tapi kalau BAD MOOOD melanda sunyila office ni :P



Yang ini pula aku panggil Kak Normah..Wife kepada Tam yang merupakan pekerja senior kepada Ez Qurban suatu ketika dahulu..Semangat dia suruh aku amek gambar baby dia sekali..Gurau je kak :p



Inilah bilik BOS besar aku..Dulu time aku kerja part time kat sini, bilik nilah yang selalu aku guna nak surf internet sebab PC aku lembab..Pastu confirm dia halau aku..haha..Lagi satu dia suka sebut "SIBUKLAH KO"..haha..



Yang terakhir pastilah meja tempat aku bekerja..Meja yang kemas,tersusun rapi dan tak bersepah macam meja Siti..Aku duduk di belakang meja Siti so apa yang dia buat confirm aku nampak..BE AWARE ek Siti :P Aku akan pastikan meja aku ni kemas agar aku bekerja dengan penuh semangat..





Ini pula gambar yang di ambil secara spontan..Kebetulan Cik Mah minta tolong cabutkan penutup air sebab nak tukar pastu dan-dan si Siti dengan Arlin datang nak bergambar..Siapakah Arlin dan Cik Mah?Adakah mereka juga pekerja EZ Qurban?..Oh tidak..Mereka merupakan jiran Ez Qurban iaitu Syihab Resources..Kalau aku nak cerita pasal Syihab Resources panjang pulak post ni..Tu next timela ye..





Apa-apa pun aku seronok bekerja disini kerana aku diberi peluang untuk membuat apa yang aku suka..Facebook adalah benda wajib di office ini..hehe..BerBLOG ni pun baru nak aktif balik..Doakanlah aku istiqomah untuk membebel disini ye :)

Jumpa lagi kawan-kawan..


Friday, July 16, 2010

~~~Selamat tinggal anak muridku~~~

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi aku peluang untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang GURU..Sekolah yang aku mengajar bukan calang-calang sekolah kerana aku mengajar di sekolah TAHFIZ..Bagi aku pelajar-pelajar di sekolah TAHFIZ tinggi darjatnya kerana mereka menghafal Al-Quran..Sekolah yang aku maksudkan adalah AKADEMI AL-QURAN WAL SUNNAH (AQWA) yang terletak di Paya Jaras, Sungai Buloh..

AQWA baru dibuka pada tahun ini dan pelajarnya seramai 50 ke 60 orang..40 orang merupakan pelajar lelaki yang duduk di asrama manakala selebihnya berulang alik dari rumah..Aku terlupa pula mengambil gambar sekolah..huhu..Insya Allah nanti aku akan updatekan kemudian gambar sekolah tersebut..

Bagaimana aku boleh terjebak untuk menjadi seorang USTAZ?Ini semua adalah tugas ALLAH tapi insan yang memberi aku peluang ini adalah bos aku sendiri iaitu Ustaz Azhar..Jutaan terima kasih kerana membuka ruang untuk aku menjadi seorang pendidik..Aku hanya mengajar satu subjek sahaja di AQWA iaitu subjek SIRAH dalam bahasa arab..Serius aku dah lupa banyak tentang bahasa arab sebab dah lama tinggalkan..Tapi Alhamdullilah berkat daripada aku menjadi pendidik ini aku dapat mengulang kembali bahasa arab yang aku sudah lama abaikan..Sedihnya..huhu..Sebelum aku pergi mengajar di AQWA pada setiap hari Khamis pada pukul 2.30 sehingga 5.30 petang, aku akan mengadap guruku iaitu Ustaz Azhar untuk menelaah subjek SIRAH..Ustaz akan men"translate" topic yang ingin diajarkan kemudian aku akan terangkan semula kepada dia..Itulah tugas aku sebelum pergi mengajar..

Sedar tak sedar aku dah pun mengajar selama 3 bulan di AQWA dan aku cukup seronok dengan anak-anak muridku..Yang budak besar aku dah anggap macam kawan2 dah, yang budak kecil pula macam adik2 aku..Setiap kali aku pergi ke sekolah, aku cuba untuk memberi sesuatu yang baru agar mereka lebih bersemangat untuk belajar..Sebagai contoh aku buat kuiz kemudian siapa yang dapat tertinggi akan dapat hadiah sebagai tanda penghargaan atas kesungguhan mereka..Dan aku bercadang untuk membuat tayangan video mengenai Nabi Muhammad tapi tidak berjaya kerana aku telah berhenti..Aku berhenti bukanlah sebab kerana tidak suka tugas sebagai seorang pendidik tetapi aku mempunyai komitmen sebagai seorang pekerja di EZ Qurban..Oleh kerana tugasan di syarikat semakin banyak maka bosku menyuruh aku fokus kepada kerja..Atas sebab itulah aku terpaksa berhenti..Sebelum aku berhenti, sudah 2X aku tidak hadir ke kelas dan kasihan kepada anak-anak muridku kerana tiada siapa yang mengajar mereka..Tetapi semalam aku tekad juga untuk datang ke sekolah untuk mengambil gambar kenangan bersama mereka..Ribuan terima kasih kepada bosku kerana sudi mengizinkan aku untuk menggunakan kamera jenama KODAKnya untuk aku mengambil gambar..haha..

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang baru aku ambil semalam (15 Jualai 2010 - Khamis)..Sayu tetapi aku machokan diri aku agar tidak menitiskan airmata..Jelas semua muridku terkejut kerana aku tidak mengajar lagi..Bila aku cakap sahaja aku nak berhenti semua terkejut..Dan reaksi mereka membuatkan aku happy seketika kerana itu tandanya mereka sayangkan aku..hehe..

Ini adalah gambar aku bersama abang2 di AQWA..Mereka berada di kelas 2 UTHMAN..Umur mereka dalam lingkungan 14 hingga 20 tahun..








Ini pula gambar adik2 di kelas 2 UMAR..Mereka semua berusia dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun..







Ini pula gambar adik2 di pra sekolah..Mereka ini ibarat duduk di sekolah rendah berbanding abang2 yang lain..Mereka ini campuran dari umur 7 tahun sehingga umur 13 tahun..






Ini pulak gambar adik2 muslimah pulak..Comel2 semuanya bertudung labuh..





Yang terakhir aku sempat juga bergambar dengan rakan pendidik aku iaitu Ustaz Suhai..Main bola laju ustaz ni..Disebabkan dia selalu rotan budak so aku rotan dia buat kali terakhir..hehe..




Selain dari Ustaz Suhaib, rakan2 pendidik aku termasuklah Ustaz Mursyid, Ustaz Haris, Ustazah Khadijah, Ustazah Syuhadah etc..Dan yang terakhir ustaz yang aku hormati iaitu Ustaz Islah..Mukanya cukup garang tapi dia cukup mesra dengan budak2 TAHFIZ..Semua uztaz dan uztazah disini sangat rapat dengan pelajar2..Kalau diberi peluang lagi memang aku nak bertugas di sekolah yang bernama AQWA =)

Tuesday, July 13, 2010

~~~Berkampung di Stadium Melawati sempena Karnival Ulangtahun IKIMfm ke 9 dan juga Konsert Mahabbah GAZA~~~

Alhamdulilah pada 9 hingga 11 Julai 2010, syarikat aku berkerja iaitu EZ Qurban dan juga Syihab Resources telah berkampung di Stadium Melawati, Shah Alam bersempena Karnival Ulangtahun IKIM.fm ke 9 dan juga Konsert Mahhabah GAZA..

Ini kali kedua aku dan rakan2 yang lain membuka di booth di tempat yang sama..Sebelum ni bersempena Muktamar Pas pada tahun lepas, aku menjaga booth Syihab Resources mempromosikan produk terbaru mereka iaitu Cara Mudah Belajar dan Mengajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi..Satu teknik yang begitu unik dan menarik untuk diperkenalkan..Tetapi itulah, produk baru so orang tak pernah dengar..Tapi kali ni aku menjaga booth Ez Qurban dan aku rasa cukup mudah kerana di meja Ez Qurban hanya ada album program, borang aqiqah dan juga laptop..HEAVEN GILA!!!..hehe..

Ini adalah gambar semasa booth baru dibuka..Aku bersama Radzi, Ustaz Azhar dan juga Cik Mah sahaja pada pagi jumaat, 9 Julai 2010..Banner background tu dibuat semasa booth di Muktamar Pas dan sangat berguna sebagai dinding booth kami..hehe..

Ini pula gambar-gambar aku semasa memberi perkhidmatan tetamu yang datang untuk membuat aqiqah..Dan juga ada gambar kumpulan nasyid DEVOTEES turut singgah di booth kami kerana mereka merupakan rakan artis untuk Ez Qurban..Lagu EZQ Halim DEVOTEESlah yang buat..Lagu Al-Baghdadi pun sama jugak..Dia buat dia jugaklah yang nyanyi.Terima kasih Halim..Tida lupa juga kepada sahabatku Sarah yang begitu mantap mengajar untuk memperkenalkan teknik ini..Yang pakai vest tu Sarahla, dia uruskan borang aqiqah seorang kakak yang menjaga booth untuk Takaful Malaysia..

Ini pula gambar kawan-kawan JASA yang datang ke booth aku..Antaranya Khairil, Baim, Epi, Iqbal dan juga yang muka besar tu Muaz..Terima kasihlah coz sudi singgah..Khairil dengan Baim siap main lagi permainan ala-ala dam ular bersama adik2..Yang gambar aku, Sarah dengan Aswad tengok laptop tu aku tak ingat buat apa time tu..Muka aswad memang blurla..haha..Tapi gambar aku dengan Aswad memang machola..Takbir!!! =)


Ini adalah produk terbaru keluaran Syihab Resources yang baru diperkenalkan iaitu "Al-Baghdadi PLAYTIME"..Aku cukup suka tengok produk ini kerana ianya mampu menarik minat kanak-kanak untuk bermain sambil mempelajari sebutan dan huruf hijaiyyah..Kalau dapat masuk dalam kementerian confirm terus apply kat semua tadika..Macam Ustaz Jalal katakan "Jika orang tahu keperluan benda ni, confirm dorang akan apply.." Itulah kata-kata yang sempat aku quotekan dari pengasas teknik ini sendiri..Tengoklah sendiri kanak-kanak seronok bermain sampaikan ada ibu bapa yang terpaksa menunggu..Yang abang-abang pun seronok jugak main..hehe..


Ini pula gambar terakhir untuk post kali ini..Semestinyalah gambar insan punye blog..haha..Poyo je buat gaya memanah..Padahal takut kalah dengan ustaz@bos..haha..Yang lain2 tu semua rakan sekerja aku, Arlinda, Asad, Harmaini@Mayoi..Azhan pula anak muridku dan juga anak kepada bos aku..



Berjaya juga aku update aktiviti yang aku lakukan pada minggu lepas..Rasanya betul apa yang Dr. Syafwan bagitau kat aku masa Kembara Mutiara.."Sekeping gambar mampu menghuraikan pelbagai keadaan dan kita boleh ingat memori lama apabila melihat sekeping gambar.." So conclusionnya pasni aku akan pinjam sebuah kamera dari bosku iaitu Ustaz Azhar jenama Kodak untuk aku mengambil gambar aktiviti2 yang aku jalankan..Barulah syok nak cite kat blog aku ni.ada bukti..kalau sembang saja takut orang tak caya..Nak beli tak cukup bajet..hahaha..

Adioz semua!!!..See u next post =)