Ceritera Insan Biasa

Sedikit coretan yang ingin aku kongsikan bersama..

Tuesday, May 19, 2009

Indahnya Ciptaan Tuhan...

Pagi ni sewaktu aku on the way g keje menaiki motor krissku yang bunyinya macam motorbot, aku terlihat banyak benda2 yang indah di atas kepala aku..
Aku tengok je kat langit..
Benda yang pertama aku nampak adalah sepasang pelangi..
Twin Rainbow..
Cantik sgt2..


Aku teruskan perjalanan aku..
Aku tengok langit mula gelap..
Tapi sebahagian saja yg gelap..


Sebahagian lagi cerah..
Tapi dalam masa yang sama gerimis..
Viser helmetku mula basah..


Tapi aku rase hujan takkan lebat sebab dari sudut yang lain pula aku ternampak matahari mula menampakkan dirinya..
Sikit2 dia kuar dari arah timur..


Fulamak!!!
Memang cantikla..
Langit yang luas tu bole berlaku macam2 dalam satu masa..
Pastu aku baru teringat nak mengucapkan ucapan nyang sepatutnya aku lafaz time awal2 lagi..
Tapi selepas aku lihat semua tu barula aku teringat..
Kalimah yang sering kali orang lupe untuk melafazkan ketika mane melihat
kebesaran Allah..
Iaitu..
Kalimah "SUBHANALLAH"


Dinamakan manusia dengan name 'INSAN' kerana sifat pelupa mereka..
Oleh itu, ingat mengingati kita antara satu sama lain..
Renung2kan dan Selamat Beramal..