Masa kecik-kecik dulu sebelum tidur..
Ustaz selalu pesan..
"Letak yasin tepi bantal..
Baca surah sebelum tidur..
Dan yang paling penting bangun bila nak masuk subuh.."
Tapi..
Apa yang budak-budak sekarang ini buat..
Letak handphone tepi bantal..
Baca mesej sebelum tidur..
Bangun bila handphone berdering..
Saja nak ingatkan kawan-kawan semua..
Tiada panggilan yang lebih penting dari panggilan ILAHI =)
(..Article diambil dari mesej yang diberikan daripada adikku Nurul Atikah Bt. Zainul Abidin..thank you very much..)
Wednesday, September 23, 2009
Thursday, September 10, 2009
~~~Rebutlah 10 malam terakhit yang masih tinggal~~~
Masih ada lagi 10 hari dan juga malam Ramadhan setelah berlalunya 20 hari Ramadhan tanpa kita sedari..Begitu cepat masa berlalu sehinggakan berlalunya Ramadhan dengan begitu pantas..Dulu kita begitu tidak sabar menantikan kedatangan'nya' tapi kini 'dia' slow-slow meninggalkan kita..
Dan yang amat penting adalah 10 malam terakhir ini mengandungi 1 malam yang digambarkan sehebat 1000 malam.Dikatakan semua makhluk-Nya mtunduk menyembah-Nya pada malam tersebut..Bayangkan betapa indahnya malam itukan..Subhanallah..
~~Gambar Hiasan~~
Dulu,aku mungkin masih muda sehinggakan tidak terasa excited pun untuk mengejar apa yang telah Allah tawarkan kepada aku terutama pada bulan Ramadhan tapi mungkin usia mematangkan aku..Aku mula terasa untuk mengejar apa yang telah dijanjikan..Insya Allah..
Tapi itulah,manusia mudah lupa..Aku berdoa agar aku istiqomah sehingga berakhirnya Ramadhan pada kali ini..Tahun depan tak semestinya aku dapat berjumpa lagi dengan bulan ini..Itulah ayat sering kali yang orang sebutkan setiap kali berlalunya Ramadhankan dan ianya memang bermakna bagi orang yang betul-betul memahami ertinya..
Seorang sahabatku pernah berkata "Kalau kita betul-betul nakkan malam Lailatul Qadar itu senang je..Kita beramallah kesepuluh malam tersebut..Wajib Allah bagi kita malam tersebutkan.."Itulah yang dia sebutkan dan bila difikir-fikir balik memang ada logiknyakan..Dah kita beramal setiap malam so takkanlah tak dapat..Tapi itulah,semuanya ketentuan Ilahikan..Kalau Dia bagi kita dapatlah tapi kalau Dia tak nak bagi kita kenalah redho..
Oleh itu sahabat-sahabat sekalian marilah kita sama-sama beramal ibadah pada 10 malam terakhir ini..Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat fadhilat yang telah dijanjikan..Amin!
Monday, September 07, 2009
~~Jadilah dirimu yang sebenar~~
Seoarang wanita tua mempunyai dua bekas pasu yang digantung di setiap penjuru galahnya yang dibawanya untuk mengambil air di sungai..
~~Gambar Hiasan~~
Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh..
Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yan retak hanya dapat sampai dengan separuh air sahaja..
Keadaan ini berlaku setap hari selama dua tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah air sahaja..
Sementara pasu yang sempurna tersebut bangga dengna pencapaiannya..
Disebaliknya pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air dari sepatutnya..
Setelah dua tahun berlalu, dengan kepahitan dan kesedihan pasu yang retak tersebut berbual dengn wanita tua itu di tepi sungai..
"AKU RASA SANGAT MALU DENGAN DIRIKU KERANA DIRIKU YANG RETAK INI MENYEBABKAN AIR TUMPAH DI SEPANJANG PERJALANAN KE RUMAHMU.."
Wanita itu tersenyum dan berkata "SEDARKAH KAMU ADA BUNGA-BUNGA DI BAHAGIAN JALAN KAMU TETAPI TIDAK DI LALUAN PASU YANG SATU LAGI?"
"ITULAH, AKU MENYEDARI KEKURANGAN DIRIMU OLEH ITU AKU TELAH MENYEMAI BENIH-BENIH BUNGA DI BAHAGIAN LALUAN KAMU..SETIAP HARI APABILA KITA PULANG DARI SUNGAI TANPA KAMU SEDARI KAMU TELAH MENYIRAM BENIH-BENIH BUNGA ITU.."
"SELAMA DUA TAHUN AKU BERPELUANG MEMETIK BUNGA-BUNGA ITU UNTUK MENGHIASI MEJAKU.."
"SEKURANG-KURANGNYA KAU TELAH MENJADI DIRIMU SENDIRI, MUNGKIN TIADA KEINDAHAN SEBEGINI DI RUMAH INI.."
Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri..Tetapi keretakan dan kekurangan itulah yang menjadikan hidup kita menarik dan bermanfaat..
Kita perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka..
Kepada semua sahabatku yang tidak sempurna dari segi fizikal atau pun keperibadian, moga hari anda ceria dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan di jalan anda =)
Semoga sahabat-sahabat sekalian dapat mengambil iktibar dari article yang saya sampaikan..Insya ALLAH..
(article ini ihsan daripada Azhan dan Syuhaida..thank you very much)
Kenapa aku perlu menulis BLOG???
~~Gambar Hiasan~~
(..Sewaktu sedang study bukan menulis blog ye..)
Inilah soalan yang selalu aku fikirkan..Kenapa aku perlu menulis blog???
Mungkin ada yang mengatakan bahawa blog ini untuk tujuan berdakwah sepertimana yang dilakukan oleh ustaz,ustazah,lecture,para bijak pandai dan sebagainya..
Aku pun tidak lari dari tujuan tersebut tetapi aku merasakan bahawa ilmuku tidak cukup untuk sampai menyampaikan dakwah kepada orang lain..Jahilnya rasanya diriku ini berbanding orang lain yang lagi alim dariku..
Bila aku fikir-fikirkan kembali barulah aku mendapat jawapannya..aku menulis adalah untuk berkongsikan pengalaman hidupku yang setahun jagung ini for "my future" dan sebagai record..Apakah yang aku maksudkan dengan "future" aku itu???
Ada benarnya apa yang salah seorang sahabatku berkata "Nanti kita mati siapalah yang ingat kat kitakan if takde something yang ditinggalkan"..Kalau nak diikutkan aku ni taklah hebat..Orang pun tak pandang coz aku bukan siapa-siapa(macam dalam lagu band indonesia)..Kalaulah aku ini orang yang alim or berpangkat tinggi bolehla orang ingat..So aku berpendapat bahawa blog nilah yang akan aku wariskan kepada generasi masa akan datang..Dunia dah semakin maju dengan teknologi dah semakin canggih..If aku tulis sejarah hidupku dalam diary takut hilang so mempunyai blog sendiri cukup baik dah.Cukup untuk aku belajar menulis demi kebaikn masa hadapan generasi akan datang..Tak perlu menulis yang personal-personal just pengalaman hidup yang boleh orang ambil ikhtibar..Itulah pendapat aku personally..setiap orang ada pendapat masing-masing so takde yang salahkan???
One more reason kenapa aku menulis blog adalah untuk merekodkan apa yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku..Adakah aku gunakan usia aku ini sebaik mungkin atau hanya membazirkan dengan melakukan perkara-perkara yang lagho???sebagai contoh baru je minggu lepas aku pergi ke Pos Tohoi, Gua Musang di Kelantan..Dan aku melalui minggu yang agak bz dengan mid term exam dan juga assignment..if aku tak merekodkan semua tu mesti aku dah lupakan semua itu dengan mudahnya..Tidak dinamakan insan itu melainkan dia itu pelupa dan sebaik-baik ingatan adalah pada tulisan yang kabur (macam salah je pepatah aku ni..hehehe)..Because of that aku kembali menulis blog aku ini..Yeeeeaaaa!!!Hidup peja,pejei,faizal..
Biaq pilah orang cakap "macam perempuan je tulis blog" tapi takpela,kalau aku tak tulis nanti korang jugak sibuk nak baca blog akukan..hehehe..Perasan betul aku ni..
Hidup mesti diteruskan semoga kita mendapat rahmat dari-Nya..Amin!!!
"Semoga usahaku yang kecil ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada orang lain"
Subscribe to:
Posts (Atom)