Ceritera Insan Biasa

Sedikit coretan yang ingin aku kongsikan bersama..

Sunday, November 15, 2009

~~~NEW ENTRY..Kisah Nabi Daud A.S. dengan Katak~~~

Dalam sebuah riwayat menerangkan bahawa pada suatu masa Nabi Daud A.S. telah keluar ke suatu tempat untuk beribadat maka beribadatlah Nabi Daud A.S. di tempat dipilihnya selama setahun..

Setelah segenap setahun Nabi Daud A.S. beribadat kepada ALLAh S.W.T maka beliau berdoa:

"Ya Rabbi..Ya Tuhanku..Telah bongkok punggungku dan telah lemah mataku dan telah kering air mataku tetapi aku belum lagi tahu bagaimanakah keadaan nasibku?"

Setelah Nabi Daud A.S. berkata demikian maka ALLAH S.W.T menyuruh katak yang berada di tempat itu menjawab soalan Nabi Daud A.S. itu..


Firman ALLAH S.W.T pada katak yang bermaksud:

"Wahai katak..jawablah pertanyaan hambaKu Nabi Daud A.S. itu.."

Kemudian dengan izin ALLAh S.W.T maka berkata katak itu:

"Wahai Nabi Daud A.S...wahai nabi utusan ALLAH..Apakah yang membuat kamu mengira-ngira pada ibadatmu yang setahun itu..Demi ALLAH yang mengutus kamu menjadi nabi, aku sendiri pun telah hidup di hutan ini selama 30 tahun atau 60 tahun sentiasa bertasbih, bertahmid kepada Tuhanku..Walaupun begitu lama tetapi sendi-sendiku tetap gentar kerana takut kepada Tuhanku.."

Setelah Nabi Daud A.S. mendengar penjelasan dari katak itu maka menangislah beliau dengan penuh kesal..

Kita sebagai hamba ALLAH tidaklah boleh mengira akan amal yang telah kita buat sebab kalau ita bandingkan seluruh tubuh kita yang ALLAH S.W.T ciptakan maka tidaklah layak untuk mengira amal kita..Oleh itu hendaklah kita sentiasa berbuat amal ibadat tanpa kita hitung semoga kita menjadi orang yang disukai oleh ALLAH, Rasul dan Malaikat..

Jaminan untuk masuk syurga hanya akan diperolehi dengan rahmat ALLAH S.W.T..tanpa rahmat ALLAH asalah mustahil seseorang itu dapat memasuki syurga ALLAH S.W.T..Amal ibadat yang kita buat tidak akan dapat menjamin kita masuk ke syurga tetapi dengan rahmat ALLAH S.W.T kita dapat memasuki syurga ALLAH S.W.T..Oleh itu juga apabila kita berdoa maka mohonlah pada ALLAH S.W.T supaya memberi pada kita syurga yang dijanjikan dengan rahmat-Nya..

Insya ALLAH =)