Hari ni dalam sejarah aku melalui interview kerja yang pertama secara rasmi..hehe..Nervousla jugak tapi buat selamba je..Aku hadir interview untuk jawatan sebagai seorang guru untuk j-Qaf atau pelajaran pendidikan islam..Memang aku tak buat persediaan yang rapi untuk interview ini kerana aku hanya untuk meraih pengalaman..Aku ingin bekerja di Ez Qurban untuk tempoh setahun lagi..
Masuk je dalam bilik interview tu dorang bagi surat aku janji untuk sign contract ..Sekiranya terpilih wajib ikut kursus tu..Aku pun buka mulut tanya macam-macam..Pemeriksa tu dah macam nak marah je tak puas hati sebab banbayk pulak songeh aku ni..haha..Pertama sekali aku perlu membuat karangan bahasa arab..Aduyai..Memang aku tak ingat sangatlah vocab-vocab bahasa arab ni..Senyum lebar aku..Tapi aku fahamlah tajuk yang di maksudkan..Aku goreng je apa yang aku ingat dalam kepala aku ni..Asyik-asyik ulang ayat sama je..hehe :P Tapi takpela,aku rasa pemeriksa faham kot apa yang aku maksudkan..Selamat tak tertulis "Haiya alal Falah"..hehehe :P
Tamat sudah sesi pertama untuk membuat karangan dalam bahasa arab..Kemudian masuk sesi kedua..Kena berbincang..Lupa pulak nak bagitau, waktu interview ni ada 3 orang perempuan dan aku seorang sahaja lelaki..So untuk sesi kedua ni aku tengok dorang segan-segan nak mula so aku pun mainkanlah peranan sebagai pengerusi majlis..Lawak betul..Sembang-sembang jelah dalam 30 minit tapi selamat aku tak mendominasi perbincangan tu kalau tak memang kena makilah aku :)
Tamat sesi kedua masuk pulak sesi ketiga..Sesi interview secara individu..Giliran aku no dua..bila aku duduk je kat kerusi depan 2 orang panel,dorang pun tanyalah kenapa mohon guru,kan dah ada kerja tetap..Kemudian dioarang pun pelik kenapa aku terpilih untuk pohon jadi guru dalam pendidikan islam sedangkan aku ijazah sarjana muda dalam pentadbiran perniagaan..Ada tanya aku pulak, dah korang yang terima kenapa.huhu.Dorang pun bagitaulah yang aku tak cukup kelulusan untuk memohon bidang ni..Tapi takpela sebab aku nak cari pengalaman je..Dorang pun masuklah soalan-soalan interview..Soalan pertama : Sebutkan perkataan inggeris yang boleh diterima pakai dalam bahasa malaysia dan ejakan dalam ejaan jawi..Aku pun ejalah..Rasa macam dah b etul pastu dia tanya pulak..Ni ejaan baru ke lama?..Allah..Manalah aku tau..hahaha..Aku pun minta soalan seterusnya..Dia minta aku baca surah Kulya Aiyuhal Kafirun..Aku pun bacalah sampai habis..Dia cakap sebutan huruf 'Ain awak kat hidung..Sepatutnya kat rongga..Dimana mahraj kuar huruf 'Ain?..Selamatlah dia tak tanya "Kenapa sebutan huruf Ra awak tak betul???..haha..Aku pun cakaplah "Ain kuar dari rongga"..Dia tanya lagi.."Rongga atas,tengah,bawah???"..Ah,sudah...Aku pun tak ingat kat mana..Dia pun cakap "Kalah" lagi..hahaha..Soalan seterusnya : Bulan apakah ibadah haji dikerjakan?Aku pun jawab bulan zulhijjah..Bilakah umat islam pergi ke sana..Sudah..Manelah aku tau..Aku pun dengan selambanya menjawab "Kalau tanya bab qurban confirm aku boleh jawab!!!"..Dia pun tanyalah "Boleh tak kalau orang buat qurban untuk orang yang dah mati?"..Memang bidang akulah..Aku bagi dia sekali biar dia paham..hehe..Soalan last sekali : Takallam sakhsiah..Sebutkan tentang diri anda..aku pun cakaplah "Ismi mohd Faizal B. Eshak.."..sudah..hehehe..Pastu aku pun kuar..Semua soalan aku gagal jawab..Gelak je aku keluar dari bilik interview tu..Sempat jugaklah aku bocorkan format soalan kepada kawan-kawan aku yang lain yang tunggu turn dorang..Sekurang-kurangnya dorang tau jugak format soalan dan bersedia..
Itulah penglaman pertamaku di interview..Inysa Allah pasni kalau ada interview lagi aku akan bersiap sedia dengan lebih mantap lagi..Apa-apa pun rezeki Allah yang tentukan jika ada rezeki aku terpilih tapi jika tidak aku tetap ada kerja lagi :)
Thursday, December 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
lama tak nampak.besnyer dah grad and dengar cerita dah kerja.tahniah.majulah abg peja untuk negara. :)
Post a Comment