Ceritera Insan Biasa

Sedikit coretan yang ingin aku kongsikan bersama..

Sunday, January 03, 2010

~~~Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru~~~




Rasanya agak terlambat sudah untuk aku mengucapkan selamat menyambut "Maal Hijrah" kerana sekarang sudah pun masuk hari ke 19 Muharram 1431..
Tapi rasanya tidak terlambat untuk aku mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2010" kepada pembaca-pembaca blog aku =)

Sejak aku kecil sehinggalah umur aku menjangkau 22 tahun aku tak pernah ada azam kerana bagiku ianya tidak penting..
Tetapi ketika aku berusia 23 tahun barulah aku mula untuk menanam azam ketika masuk tahun baru..
Bagiku ianya ibarat meng'refresh' semula semangat kita untuk melakukan sesuatu kerja yang hendak kita lakukan..

Tahun 2010 ini aku tidak punya azam yang baru tapi aku ingin meneruskan azam aku tahun lepas..
Azam aku ingin istiqomah dalam melakukan sesuatu kerja,ibadah dan apa-apa sahaja asalkan benda itu baik disisi Yang Maha Esa..

Berikut ada sedikit nasihat dan kata-kata bijak pandai yang boleh sahabat-sahabat ambil pedoman dalam hidup ini..
Bukan sahaja untuk anda tetapi khususnya untuk diriku yang kerdil ini..
Terima kasih kepada website "i luv islam" kerana menyediakan wallpaper yang menarik..